Senyumm

Amatlah Keterlaluan bila difikirkan tentang permasalahan negara.. adalah lebih baik negara memikirkan masalah aku yang mundar mandir mencari sebab kenapa internet kat rumah ini slalu sangat bermasalah. Kerdipan manja lampu DSL di modem itu seakan2 memberi tanda yang ini bukan salahnye. Ahh.. biarkan saja semuanya.. asalkan ianya tidak berlanjutan sehingga 2 hari berturut2.. Jika tidak pastinya aku akan membuat aduan sekali lagi kepada pihak telekom ini.. wahhh.. dan pastinya kakak2 yang menjawab panggilan ku semakin mengingati suara ini. Aku amatlah tidak suka memberontak dengan cara bercakap keras dengan sesiapa tapi apalah punya servis ini jika 2 hari kebelakangan ini aku hanya dapat menggunakan internet di kala kucing peliharaan dan semua jiran tetangga sudah nyenyak tidur. Bila memikirkan permasalahan inilah yang buat aku ingin saja menelefon dan mengamuk tidak tentu hala.. amukan ini juga turut terkena pada pihak Astro yang servisnya lebih buruk dari apa sahaja yang paling buruk di dunia ini.. Astro ini bukanlah amat seronok jika menghadapi masalah.. setiap kali gagang telefon dirumah ini ku angkat semata2 untuk menelefon pihak astro.. pastinya ingin mengadukan masalah yang sedang hangat melanda di rumah ini.. tetapi saat mengerikan apabila setiap kali aku cuba menelefon, setiap kali itu jugalah talian sibuk.. dan setiap kali itulah aku semakin hangat dan sampai satu tahap talian itu dijawab dan itulah si gedik yang cuba menjawab panggilanku dan bergurau senda denganku.. jika dia isteriku pastilah aku boleh memikirkan untuk membalas gurauan itu, tapi aku tidak pula tau siapa dia..tapi dia telah melakukan tugas yang baik kerana menghantar report kepada pihak technician itu.. tahniah diucapkan.. Si gedik ini cuma memberitahu yang pihak technician ini akan call aku. Lantas aku meminta dia memberitahu technician tersebut supaya menelefon hp kecilku itu pada hari lain kerana aku ada urusan lain pada hari itu.. Si gedik ini pun menjawab “Nanti kalau technician tuh call encik cakaplah dengan dia suh call esok ke.. minggu depan ke.. bulan depan ke” dan kata2 itu diakhiri dengan tawa kecil burung wak2.. lalu amukan ku tiba dan padan mukanya.. setelah diamukan die terkedu saja.. Apalah dia itu, ingin membuat lawak adakah lebih baik masuk saja raja lawak dan berduet bersama Nabil itu. Dan pastinya sudah menjadi juara sekarang ini. Huh .. entry ini amat memualkan.. ingin saja aku amuk siapa yang menulis entry kali ini.. Sebenarnya mood aku amatlah baik hari ini tetapi saja2 ingin menceritakan kisah2 silam dan kisah2 manis ketika bersama gadis2 helpdesk telekom dan astro.. Semoga mereka berjuang demi bangsa dan negara.. Aku mau channel 9 aku semula.. wei astro.. dah 3 bulan aku tak dapat tengok spongebob itu kerana tidak mendapat siaran tv9..pulangkan spongebob dan tv9 itu.. aku mau menengok katun2 yang banyak di kala petang.. cats and dog la.. blues clues lagi.. huhh.. rindunya mereka2 itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.