Dua permasalahan

Akhir2 ini aku memikirkan semula permasalahan yang sepatutnye sudah lama aku tinggalkan..Sudah juga aku cuba utk lupa saja masalah2 ini tapi tidak mampu.. Nasib aku begitu baik kerana sekarang aku sudah punyai blog baru yang boleh aku luahkan segala permasalahan ini.

Permasalahan pertama :
Aku dalam dilemma.. ingin botak kembali atau terus dengan usaha ku memelihara rambut ini dengan skala kepanjangan yang tidak terlalu serabai. Sebelum ni pun aku pernah dirambuti dan pernah juga melalui proses kebotakkan..Permasalahan rambut gugur tidak berlaku pada diri ini, cuma trend dan keselesaan hidup je yang membuatkan naluriku untuk botak dan kadang kala tidak ingin botak. Sebelum ini ramai sahaja rakan2 yang suka jika aku berambut dan bila sudah berambut ada pula rakan2 yang lebih senang jika aku membotak.. adakah lebih baik jika aku botak saja..


Permasalahan kedua :
Tahun lepas kakak ku yang tercinta itu telah memberikan aku seutas tali leher (benarkah seutas atau sebuah?). Tali leher kesayangan itu telah ku gunakan di kebanyakan function2 semasa di UTeM termasuklah semasa pertandingan akhir bisnes plan dan juga semasa ke interview2 yang entah berapa kali itu.. Apakan daya, semasa akhir sem lepas puas aku mencari di mata tali leher itu.. tidakkk.. dia telah menghilangkan diri.. maksud aku.. aku telah kehilangannya.. dimana dia sekarang? Aku sangat risau.. hingga sekarang aku tak berani memberitahu akak.. takut2 aku pulak yang dimarahi.. Serius.. aku benar2 tidak ingat di mana lokasi aku kehilangannya.. sampai skarang pun jawapan tidak sampai kat aku.. Maafkan aku kakak.. aku tidak menjaga barang pemberianmu dengan baik, ini kerana aku selalu menggunakannya di kala terdapat function2 yang hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.