Ops.. topik ini agak keras intipatinya. Jika mereka yang taksub dengan kerajaan sekarang dinasihatkan supaya tidak meneruskan pembacaan. Ya.. itu dia hadiah kerajaan yang ego itu kepada rakyat2nya selepas kemenangan tipis pilihanraya ari itu.. ya.. itu juga satu kebanggan rakyat Malaysia dengan adanya sumber rezeki minyak di dalam perut bumi ini yang dijual kepada negara luar lantas memberi kesan kepada rakyat sendiri. Benarlah kata2 seorang manusia itu dengan lantang mengatakan “Yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin”,apakan daya harga minyak terpaksa dinaikkan mengikut harga minyak dunia.. yaaa.. sungguh benar kenyataan itu.. memang heboh di sini sana bahawasanya harga minyak di dunia meningkat.. lantas sekerat dua manusia di bumi bertuah malaysia ini dengan mudah menerima apa saja yang berlaku dan dengan sungguh bangga menyatakan “Minyak di Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan negara luar”.. Erm.. bagus sekali kenyataan itu.. di mana asasnya? sekadar membuta tuli menerima siaran di televisyen tentang perbandingan harga minyak di negara bertuah ini dengan negara2 luar… Ya, aku setuju jika perbandingan harga itu benar2 membenarkan. Apa kata jika kaum2 televisyen di bumi bertuah ini menyiarkan perbandingan nilai gaji minimum la pulak.. Yaa.. sangat berbanggaa.. kerana jika anda bekerja sebagai cleaner pastinya sudah menjadi seakan2 kurang upaya untuk membayar sewa rumah, bil eletrik dan juga pemakanan. Waah.. ada juga yang sudah cuba mengeluarkan cubaan membidas dengan bertanya “Indon dan bangla pun cari kerja di sini kerana lebih lumayan”.. aha.. sungguhlah bodoh kamu itu.. mereka bekerja disini kerana di sini nilai matawang malaysia lebih besar dan mereka amatlah untung untuk dihantar wang itu kepada keluarga di seberang sana.. Di negara luar yang nilai matawangnya lebih besar dari Malaysia juga dapat kamu lihat begitu ramai pekerja sambilan dari Malaysia.. Masih ada suara2 halus yang mempertikai kenapa harus dipenuhi stesen minyak malam tadi, bukannya minyak itu boleh bertahan setahun pun. Kamu sudah lupa menggunkan teknik pengiraan matematik asas ya?? ya.. kamu sungguh kaya, boleh ambil saja minyak hari ini sedangkan aku sudah berjaya menjimatkan duit ber ringgit2 hari ini kerana dapat mengisi minyak lebih murah semalam. masih tidak nampak? Apa kata kamu pergi semula ke perenggan pertama dan mengeja dari awal.
Ini bukanlah satu propaganda politik murahan dari diri ini. cuma luahan sekerat dari beberapa keratan rakyat di negara bertuah ini yang ingin melepaskan geram dengan cara berblogging. Adakah lebih baik kerajaan menggunakan duit yang sungguh banyak itu dengan membanyakkan lagi stesen2 pam utk NGV, atau memperkasakan penggunaan kenderaan berasaskan elektrik atau berasaskan air saja,daripada membuang wang untuk membuat koridor disini sana, tidak logik kenderaan menggunakan air sebagai kuasanya? mari aku tunjukkan klik saja di sini.Kamu juga tidak tahu apa iti NGV? pergi ke kelas pam minyak berhampiran lah kamu. Usah marah ya.. ini cuma tunjuk perasaan kecil2an saja. Malaysia kan sangat baik, minyak naik diam saja.. harga beras naik, berusaha keras untuk makan kentang saja.. Selamat maju jaya negara yang bertuah ini.