Terdapat tiga watak utama di dalam entry kali ini iaitu “si-dia”,”si-pengganti” dan”si-pencabar”
Entry ini tiada perkaitan politik.. cuma mahu menceritkan kejijikan sesuatu perkara itu. Jika tidak senang dengan entry ini tidak perlu comment dan tidak perlu membaca entry ini. Adalah lebih baik anda pergi saja berjalan2 di blog lain.
Perlahan aku cuba meneliti apa yang sedang aku baca ini.. sangat jijik dan kotor rasanya.. tetapi jijik dan kotor ini tidak kelihatan dari mata aku.. cuma pemikiran ini merasakan ianya satu yang menjijikkan.. lebih jijik dari seekor khinzir dan senang kata.. lebih jijik dari belaan khinzir yang yang amat banyak.. apakah yang aku cuba beritahu ini.. ohh.. tidak patut pula rasanya aku bersekongkol dengan mereka2 ini.. yalah.. bukankah aku sudah beritahu ianya jijik.. apalah yang engkau fikirkan. Ianya tidaklah begitu memberi kesan kepada diriku.. cuma sedikit saja.. ya.. sedikit bermakna tidak banyak..
Mari aku mulakan langkah pertama ini dengan memberikan sepakan semangat kepada rakyat2 jelata.. ya.. sangat beruntunglah kita duduk di atas bumi Malaysia ini.. Ohh.. ini bukan perli-an ya.. ini memang satu kebenaran.. Malaysia sangat beruntunglah kerana mempunyai rakyat seperti aku dan kami2 semua..haha.. Sebenarnya ianya tentang si-dia itu.. yang mula2 menjadi ketua dan menterjemahkan tentang sesuatu yang baru.. sesuatu yang kita sudah ada tetapi diubah sedikit bagi memudahkan dan sesuai dengan rakyat2 ini.. wahh.. berlagak seperti rasul dan nabi pula engkau ya.. mahu buat islam baru di Malaysia ini dan merasa berbangga pula bila negara2 arab kagum dengan islam baru engkau itu.. Dikala semakin lama menjadi ketua, kini seperti rakyat tidak mahu si-dia ini lagi kerana lembekknya dia..tidak tegas.. semenjak dia jadi ketua pun semua barangan pun kini menjadi mahal..senang kata.. tiada kawalanlah.. Ohh.. itu tidak mengapa kata rakyat Malaysia yang baik itu, kita boleh mengubah cara hidup demi ketua kita.. kita sayang ketua kita.. Dikala semakin ramai yang tidak suka si-dia ini.. mulalah ramai yang ingin ketua ini berundur saja dan beri kepada pengganti yang lain.. Ahaks.. si-pengganti ini pula amat bagus.. mendapat komisen berbanyak2 itu tidak pernah disiasat pun..oh, juga terjebak dengan satu kes pembunuhan besar.. ya.. besarlah kerana meletupak orang.. maksud aku, bukanlah terjebak secara direct tetapi dikatakan isteri si-pengganti ini ada terlibat dengan kes itu.. erm.. itu pun tidaklah disiasat.. oh.. lupalah.. mungkin kerana dia orang besar.. kedua tertinggi.. jadi siapa yang berani menyiasat dia mahupun keluarganya.. hilang kerjalah kau jika buat berani mahu menyiasat.. haha..
Tetapi aku sedikit pelik semalam, selepas pulang dari interview yang amat lama itu.. si-pencabar dikatakan melakukan perkara liwak itu.. erm aku tidak mahulah menyebutnya secara terang2an kerana tidak senonohlah bunyinya.. oh.. dikala nampak kejatuhan si-dia dan si-pengganti ini.. tiba2 tidak pasal2 si-pencabar ini dituduh melakukan liwak dan yang sangat bestnya ialah teks di bawah.
Tegas si-dia, siasatan perlu dilakukan bagi menentukan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.
“Soal si-pencabar, apa yang dia kata (nafikan), bukan sesuatu yang boleh kita tentukan.
“Dia tentu buat penafian, lazimnya begitulah orang yang dituduh akan buat penafian tetapi kalau ada bukti, maka polis perlu siasat,’’ katanya.
Wah.. ini yang bestnya.. si-dia serta merta mahu siasatan dijalankan.. sangat bestlah si-dia ini.. si-pengganti yang terang2an dituduh bermacam2 tidak pula disoal siasat.. tetapi bila kena pada si-pencabar.. terus serta merta mahu di siasat.. Ohh.. aku lupa lah.. si-dia dan si-pengganti ini kan orang besar dan berkuasa.. suka hati merekalah mahu berbuat apa.. mereka mempunyai satu “shield” bagi mengelakkan diri mereka dari di siasat.. Sangat jijik..