Kad raya pertama.. yeyyyy!!

Menyelar satu bahagian dalam berita TV3 yang dianggap bodoh sangat2 bagi aku. Ini bukan entry marah lah ok.. Ini entry mari merenung kisah orang2 islam di seluruh negara.. maksud aku.. kebaikan yang patut ditonjolkan oleh TV3 tentang orang2 islam. Bukan memalukan agama sendiri. Alangkah bodohnye aku tengok bile Melayu ko bangga, tutup kisah buruk.. tapi islam ko malukan.. walaupun ade inisiatif buat rancangan tentang islam. Huh.. ape yang aku mengamuk tak tentu pasal bulan2 puasa nih?? Aritu kan aku ckp aku tak pegi tarawikh kat surau satu ari tu, pastu aku tengok la berita TV3.. haha.. memang mual pun.. tapi aku tengok gak.. tetiba ade satu bahagian tuh pasal lawatan TV3 ke Afrika.. Tanzania kalau tak silap aku.. ade ke patut pi citer pasal nur islam kat afrika jual body tepi jalan.. siap wartawan bertugas tuh pi jd spy la.. berlakon nak borak2 ngan sorang gurl yg jual body kat situ.. aduss.. kan ke bodohnye lah ko.. nak pegi jauh2 nak carik aib agama sendiri.. takyah buang2 duit pegi afrika nak carik pompuan jual body.. tuh kat KL tuh berlambak.. ko nak buat satu rancangan khas utk 300 episod pun boleh… Sudah2.. mari kita bergembira kembali.. buang tension2 di jiwa masing2..

——————————————-

Aku sebenarnya sangat terasa teruja bile baca entry cik haizum tentang kad raya yang die dapat.. wahh.. seronok sungguh bile dapat kad raya dikala ramai kawan2 yang just hantar e-card ngan comment kat friendster je.. even rasa agak kuno untuk mendapat kad raya di zaman2 IT nih tapi ade sedikit perkara spesel bile dapat kad raya nih.

  • * Tengok gaya tulisan si penghantar dan warna pen yang digunakan tuh bleh buat kite rasa sgt dihargai.
  • * Membuka lipatan kad membuat kite rasa macam tak sabar2 nak baca isi kandungannye.
  • * Gambar dan design kad raya yang macam2 sungguh memberi impak suasana hari raya.(aku suke kad kartun gambar budak2 main meriam buluh)
  • * Aduhai.. sungguh berselera la bile pengirim tulis pantun dalam kad tuh.. sangat “pecah gelas”
  • * Saiz kad juga buat aku teruja.. (aku suke saiz sedang..takmo saiz bisnes card)
  • * Kad raya dari awek lama lagi la buat kite rasa mcm ramai orang sayang kite.
  • * Kad raya boleh digantung di mana2 semasa hari raya.
  • * Kad raya bermuzik bleh buat mood membaca kad sambil menyanyi dan menari.

Erm, aku rasa tuh la yang buat kad raya sangat best.. Korang tak suke kad raya? Takpe2.. kalau e-card ngan comment2 kat friendster atau facebook pun bleh gak berlagak macam dapat kad raya. Meh aku ajar.

  • * Bleh je print screen ecard/comment tuh then print pastu tampal kat umah ko.
  • * Tulis balik ape yg ditulis kat ecard/comment atas kad raya yang korang beli sendiri pastu gantung kat laman umah.
  • * Awek/pakwe tak bg kad raya atau ecard atau comment kat friendster atau facebook?? padan muke ko, maknenye die dah tak ingat ko dah.
  • * Gantung kad yang dah ditulis/print screen td dan on speaker dan pasang lagu raya.. same je ngan kad raya bermuzik.
  • * Tak mampu nak buat perkara2 kat atas tapi nak gak gantung ecard/comment kat dinding umah?? ape kata ko gantung je monitor ko kat penjuru ruang tamu umah ko ok??

Hurm.. aku citer panjang2 nih sebenarnye bukan ape.. tanda protes sebab takde orang antar kad raya kat aku.. haha.. ade satu.. kad raya dari alumni UTEM.. wahh.. macam besttt tuh.. bersyukurrr dapat gak kad raya.. aku sangat suka kad raya yang aku dapat walaupun sekeping..
Pada sape2 yang nak antar kad raya kat aku.. email la aku.. mintak alamat umah ek.. haha.. poyo je.. Sudah2.. aku mau bersenam..1…2….3…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.