Selamat hari lahir

Pembeli rumah teraniaya bila dapat tau diorg beli rumah tak dapat dapur dan tak dapat hadiah rumah mini..walaupun teraniaya namun diorg tetap berebut2 bile mau ambil gambar. Nih gambar family dan sedara2 aku secara berkumpulan

Kisah makcik sanggul indon semalam bersambung hari ni, aku terlupe menyebut tentang break secara total.. haha.. itu yang makcik tuh sebut bile die mengatakan yang pemandu bas tuh break secara total.. haha.. aku sudah gelak secara ‘haha’ sebanyak dua kali.. itu bermaksud.. aku sangat suka ayat yang makcik tuh guna.. aku suka perkataan ‘total’ yang digunakan.. aku suka semua ayat yang menggunakan perkataan ‘total’ secara automatik.. termasuk juga FAB Total… erm, ok.. sekian saja cerita tentang makcik total tuh.. nanti kalau entry nih dibaca pulak oleh makcik total tuh.. sudah lah die akan menjadi berlagak pulak dengan perkataan total tuh.. sudah2..

Entry nih mau menyebut tentang pesta kanak-kanak.. ianya berlaku tatkala salah seorang kanak-kanak menyambut hari lahir dan diadakan birthday party.. itulah pesta kanak-kanak..yalah, kanak-kanak memang suka berpesta.. maksud aku, pesta yang ada kek, sumi(sudah disebut dalam entry sebelum ni),se-plastik makanan ringan dan belon yang bergantungan di bucu tingkap rumah, kadang2 belon juga ada boleh didapati bergantungan di atas langsir rumah.. haahh.. sekarang belon2 juga sudah boleh didapati di dahi kanak2 semasa berada di pesta.. wahhh.. mengarut betull.. haha.. aku kan memang suke mengarut.. tengok aje kat logo atas tuh.. sudah aku catatkan.. ZULHATFI.. aku suke mengarut.. jangan klik situ, kalau kau klik situ, nanti kau akan termasuk ke sini kembali.. takdenye bile ko klik situ aku nak bagi hadiah..So, kite sambung balik kisah pesta kanak-kanak.. pesta kanak-kanak kalau dicampur aduk dengan rumah terbuka aidilfitri, akan menjadi sungguh dinodai oleh si kanak-kanak, mana tidaknya.. ibu bapak kepada kanak-kanak juga akan turut berpesta.. dan makanan akan terus dihabiskan oleh si ibu bapak.. tapi kalau aku menjadi kanak-kanak tersebut, aku tak heran sangat lah sebab aku akan bermain tenteng di luar rumah, atau bermain galah panjang dengan kanak-kanak lain.. ohh.. awas, kalau di luar rumah anda tidak ada kawasan lapang, jangan secara selamba bermain tenteng dan galah panjang di tengah2 jalan hadapan rumah anda.. jawabnye, mak bapak korang akan kluar beramai2 untuk join korang bermain tenteng dan sekaligus menyangkut korang di hujung galah yang panjang dan disandarkan di bawah pokok.

Entry ini berkisar tentang majlis sambutan hari lahir kanak. Kanak bukanlah nama seorang tamil tetapi seorang kanak-kanak.. disebabkan majlis tersebut diadakan kerana hari lahir seorang budak, jadi tak usah lah aku sebut kanak-kanak kerana kanak-kanak untuk kanak yang ramaii.. (aku sudah merosakkan bahasa melayu).

Majlis sambutan hari lahir tersebut sudah berlaku pada beberapa hari lepas, bersekali dengan open house.. aku dapat tengok kanak2 riang2 je masa tuh.. biarkanlah mereka dengan hidup mereka.. Selamat hari lahir kepada si kanak (aku tak mau ulang maksudnya lagi).

14 Comments

  1. pic atas tu kenapa?pembeli rumah yang teraniaya ke?
    beli rumah sebab x dapat free gift rumah mini..
    igt lagi?rumah mini atau concept house yg
    diletakkan dilaman rumah tu?

    Reply

    Zul
    Reply:

    haha.. warna merah tuhh.. mmg sesuaii.. kah kah.. mmg pun.. pembeli rumah tertipu sbb beli rumah tak dapat dapur.

    Reply


  2. shoot yg hebat! pki hdr gak ke??

    Reply

    Zul
    Reply:

    yup.. hdr gak.. klakar mase tuh sebab tak pasal2 nak amik gambar ramai2 kat tapak projek perumahan belum siap.. hehe

    Reply


  3. cantik la gmbr first tu.. sgt clear

    Reply

    Zul
    Reply:

    yerke.. tq

    Reply


  4. masa pemand bas tu brek secara total, makcik tu aga2nya tersembam secara total ke tak??? he..

    dlam gambar tu, yg mana satu makcik total tersebut…

    lepas ni tiada lagi kura-kura atau labi-labi tau rama-rama… melainkan kalau binatang2 tersebut keluar secara beramai-ramai… so, akan digelar sebagai kura, labi, atau rama… yayaya.. kupu juga, anai juga (mari merosakkan bahasa melayu)

    Reply

    Zul
    Reply:

    hahaha.. perosak bahasa melayu beramai-ramai.. kalau perosak bahasa melayu secara seorang akan digelar perosak bahasa melayu beramai saje.. eh.. mane ade gambar makcik tuh dlm nih.. gambar die terpaksa dirahsiakan.. yerla kott.. tersembam la agaknye.. sebab tuh kening die pecahh..

    Reply


  5. nice blog.. gambar2 pun lawa.. suka2~

    Reply

    Zul
    Reply:

    tq cikja.. rajin2 la datang sini.. byk lg gambar2 pasni

    Reply


  6. sumi sejuk dlm peti ais besh besh.. hehe..

    rase pusing2 lak kpale bace n3 nih.. agak rosak la jugak bahase mlayu dibuek cik zul nih.. esOk luse kua kamus baru version cik zul kite nih.. haha..

    ltk gmbr hdr byk2.. ske tgk.. heh.. makcik total menjadi kerahsiaan nnti lg glamer dr fab total..

    Reply

    Zul
    Reply:

    haha.. memang perosak bahasa melayu nih.. ok2.. esok akan diterbitkan kamus baru.. kamus en.zul..

    ok.. lepas2 nih akan diletakkan lagi gambar2 hdr k..

    Reply


  7. redisme says:

    pic yang kat atas tu mcm pertubuhan kebajikan dpt bantuan…xpun krew2 rtm request hari raya kat tv..
    x aci..coz,pic aku xde!!

    Reply

    Zul
    Reply:

    haha.. tuh la pasal.. biarkan mereka dengan pertubuhan mereka.. ko takde aritu.. kalu tak mesti gambar ko masuk skali.. hahaha

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.