Spain juara dunia..

Piala Dunia FIFA memang piala yang menjadi kegilaan ramai, tak sama dengan piala2 lain, piala tiger, piala kejohanan bola tampar sekolah kawasan Penampang, piala cari gula2 dalam tepung.. semua piala2 ni tak sama dengan piala dunia.Piala Dunia memang piala terbaik di alam semesta, terbaik hinggakan ianya layak dipanggil piala terbaik dari ladang dan laut dalam. Memang terbaik sampaikan paul si sotong kering pun boleh sibuk2 nak ambik tau pasal piala dunia.. terbaru burung si kakak tua pun sibuk nak join piala dunia. 4 tahun lagi, aku percaya Jane si obor2 pun cuba jadi peramal piala dunia.

Piala dunia 2010 dah sah jadi milik Spain, aku sokong spain sejak dari mula2 start piala dunia aritu.. aku siap create group ‘Kami sokong Sepanyol untuk piala dunia 2010’ , sekarang dah ade 261 members dah pun.. Semalam masa tgk final match dengan ayah aku, menjerit2 kitorg bile spain serang.. tengok kat rumah ade bestnye sebab bleh pakai kain pelekat je kalau tgk bola.. bleh goreng nugget tempura yang mak aku beli tanpa membayar.. bleh pau air soya yang ayah aku beli tanpa segan silu.. bleh selimut2 bile sejuk.. bleh charge telefon time tengok bola tanpa perlu risau hp hilang dikebas mamak.

Aku suke piala dunia, aku sokong Spain, aku pun sokong England sebenarnye.. tapi kalau ade Michael Owen lagi aku sokong.. Tahniah untuk Spain, pemain2 Spain memang pandai bahase melayu, so diorg bleh paham ucapan tahniah aku nih.. Β Sekarang Spain bukan setakat juara eropah, diorang jugak juara dunia.. HOOREYY!!

2 Comments

  1. This is a really good read for me, Must admit that you are one of the best bloggers I ever saw.Thanks for posting this informative article.

    Reply


    Reply:

    thanks a lot πŸ™‚

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.