Dah lama tak tulis blog, aku tutup blog dulu sebab aku rasa takde apa yang nak ditulis, takde apa yang nak dikongsi. Sekarang aku aktifkan balik blog ni dengan harapan dapat aku kongsi cerita2, foto2 yang aku ambil untuk tontonan lebih umum takdelah terhad kat twitter atau facebook je. Walaupun aku kadang-kadang rasa kagum dengan hasil kerja aku sebagai photographer, tak pernah aku dapat rasa puas dengan kerja ni. Terikat dengan kerja lain buatkan aku rasa tak cukup masa untuk fotografi. Baru2 ni terfikir untuk start melukis, ini bukan kerja satu lagi yang aku maksudkan. Melukis ni benda yang boleh aku anggap hobi masa zaman sekolah dulu, dalam kelas masa cikgu mengajar kat depan, aku kat belakang sibuk melukis, hasilnya taklah baik sangat tapi cukup buat rasa bosan aku hilang. Berbekalkan pensel staedler 2B dalam kotak pensel dan kertas dah cukup untuk aku lepaskan semua yang terifikir dalam kepala masa tu. Sekarang aku mula melukis balik, bermula dari persinggahan aku di kedai Art Friend The Garden dekat sebelah Mid Valley Megamall, kat situ punca aku giat balik untuk melukis. Mula2 aku tengok canvas, acrylic paint, last2 ke pensel jugak akhirnya. Satu set charcoal pensel, pemadam dan kertas untuk sketching adalah benda pertama yang aku beli. Hasil untuk lukisan pertama selepas bertahun2 meninggalkan zaman persekolahan.