Bercuti di Pulau Sabang – Part 1

Perjalanan ke Banda Aceh baru-baru ni membuka mata aku sekeluarga tentang Bandar Islam yang dihentam Tsunami pada tahun 2004 . Pembangunan di Aceh nampak begitu pesat sampaikan buat aku tak sangka kawasan ni pernah diuji dengan bencana kuat. Perjalanan kami ke Aceh bermula dari Terminal baru KLIA2, dari sini kami menaiki kapal terbang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Aceh.

Sebelum kami berlepas sempat sarapan pagi di KLIA2, disebabkan malas nak berjalan jauh kami ingat nak alas perut je pagi tu. Terus kami tuju ke bakery ‘The Loaf’, aku pernah beli roti The Loaf ni kat tempat lain tapi yang dekat KLIA2 ni harga mahal sangat tapi makan jugaklah sebab dah lapar.

Disebabkan KLIA2 ni agak besar boleh tahan, kami terpaksa berjalan agak jauh nak ke gate berlepas, dalam perjalanan nak ke gate tu sempat menyinggah pegi toilet, posing2 tepi cermin dengan kapal terbang.. sampai kat gate terus tersadai kat kerusi sebab penat berjalan.

Penumpang2 yang nak ke Banda Aceh, tengok akak tu kelaparan sampai pekena bihun sebelum berlepas.
Penumpang2 yang nak ke Banda Aceh, tengok akak tu kelaparan sampai pekena bihun sebelum berlepas.

Perjalanan nak ke Aceh tak lama mana, dalam 30 ke 45 minit je. Kami berlepas dari KLIA2 jam 12 tengahari, sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda sekitar jam 12.40 tengahari. Lapangan terbang kat sini taklah sebesar KLIA. Setibanya ke sini dah nampak ramai orang tunggu kat luar untuk jadi driver atau dengan nama lebih cantik ‘tour guide’. Tapi kena hati2 sikit bab nak memilih driver kat sini jangan sampai tertipu, ada driver yang letak harga mahal mentang2 tengok orang baru turun dari kapal terbang dia ingat semua jenis kaya mcm tony stark agaknya.

Wife aku posing mendagu
Wife aku posing mendagu

Ok, sambung cerita.. keluar je dari pintu airport tadi maka ramailah yang berkerumun dan merelakan diri mereka untuk menjadi tour guide kami sekeluarga. Aku ada tips sendiri, pilih orang yang nampak kurang agresif, muka baik dan yg paling penting tak hensem sangat. Maka bertemulah aku dengan seorang jejaka taklah sehensem mana, aku pun terus setuju untuk pilih dia jadi pemandu untuk bawa kami terus ke pelabuhan Ulee Lheue.

Hari pertama aku dan keluarga akan terus ke Pulau Weh atau juga dikenali sebagai Pulau Sabang. Driver kami yang separa kacak terus offer untuk angkat beg untuk disimpan dalam kereta. Aku hulurkan beg paling berat lalu dia pikul macam abang hulk terus menuju ke kereta. Masa dalam perjalanan nak ke pelabuhan, driver tadi sempat ceritakan sedikit pasal Aceh dan tragedi yang menimpa Aceh pada tahun 2004.

“Mau makan tengahari dulu? feri ke balohan pun lewat, jam 2 baru ada” kata driver tadi. Kami pun setuju sebab perut pun lapar, nak jugak merasa makanan tradisi Aceh. Driver ni pun bawa kami ke satu restoran ni. Gaya restoran kat Aceh ni majoritinya seakan2 nasi padang, semua lauk dihidang depan mata, kalau taknak makan lauk tu jangan diusik, kalau usik memang terus masuk bil. Makan kat sini memang mahal, kecewa jugak tapi takpe asalkan perut kenyang. Kami teruskan perjalanan ke pelabuhan Ulee Lheue, sampai kami di sana aku pun terus beli tiket feri ke Balohan, ada dua jenis feri nak ke balohan, ada yang cepat, ada yang lambat, aku pilih yang cepat / executive, harga tiket rp75,000 (RM25) untuk seorang. Lepas beli tiket aku pergi balik ke kereta untuk ambil beg dan bayar tambang kereta.

makanan pertama kitorang di Banda Aceh, tapi harga fuh boleh tahan mahal..
makanan pertama kitorang di Banda Aceh, tapi harga fuh boleh tahan mahal..

“Berapa tambang tadi?” aku tanya kat driver tadi..
“Dua ratus ribu saja” dia jawab tenang..
“Tadi bukan ke seratus lima puluh ribu?”
“Kita singgah makan tadi” dia punya jawapan..menyirap aku..
Malas nak berbalah, aku hulur rp200,000 (RM54), dalam hati ni tadi ingat nak suruh dia jadi tour guide bila kami balik ke Banda Aceh nanti tapi disebabkan dia dah buat macam ni terus aku batalkan niat..
“Nanti kalau mau pusing2 Banda Aceh boleh nelfon saya” dia hulurkan bisnes kad kat aku dengan muka tak bersalah..

Feri yang kami naik untuk ke Pulau Sabang seakan-akan feri nak ke Pulan Langkawi, tapi feri kat sini semua tingkapnya tak nampak luar, seat executive pulak jenis aircond, bau petrol semerbak satu feri, maka peninglah mak dan wife aku sepanjang perjalan dalam feri tu. Perjalanan ambil masa dalam satu jam nak ke Balohan. Kami akan bermalam di Pulau Sabang selam 4 hari 3 malam.

Sampai di Balohan terus kami diserbu lagi dengan lelaki2 yang offer untuk bawa kemana saja yang kami mahu. Aku rasa macam raja pulak bila orang keliling macam ni, nak je aku lambai tangan ala2 Queen Elizabeth kat diorang. Disebabkan ada ramai yang kerumun dan aku pun malas nak ikut tips cara memilih ‘Tour Guide’ sebab first driver aku tadi aku ikut tips yang sama tapi tak menjadi, maka aku pun memilih driver bertuah ni secara rambang, harga tambang murah pun jadi ukuran dalam membuat pilihan. Kami dah buat pilihan, driver kami yang kedua adalah Adi, berkenderaan pacuan empat roda model Kijang, dengan tambang rp100,000 (RM27) kami yakin Adi mampu bawa kami ke tempat penginapan kami di Freddies Santai Sumurtiga. Freddies Santai Sumurtiga ni kalau dilihat dari luar memang tak sangka tempat ni salah satu tempat penginapan di Pulau Sabang, nak ke chalet ni kena berjalan kat satu lorong kecil dicelah2 rumah orang kampung kat sini. Dah lepas dari lorong ni baru terkejut tengok betapa indahnya pantai dan pemandangan kawasan ni.

Pemandangan dari dalam kereta Kijang si Adi, gebam gebom bunyi speaker pasang lagu Indon.
Pemandangan dari dalam kereta Kijang si Adi, gebam gebom bunyi speaker pasang lagu Indon.

“Esok mau pusing2 Pulau Sabang?” kata Adi sebelum beredar.

“Berapa tambangnya” aku tanya Adi, kali ni aku nak pastikan taknak kena tipu lagi.

“Murah saja, Rp 500000(RM 141), saya bawa pusing2 Pulau Sabang” sambung Adi sambil tersenyum. “Esok pagi kita keluar, saya bawa sarapan pagi sekali” kata Adi lagi.

Aku befikir sekejap.. “Takpalah, macam ni, bagi no telefon Adi dulu, saya telefon nanti”

Adi pun hulurkan no telefon yang dia tulis atas kertas kecil.. aku selitkan celah dompet..

Hari pertama di Pulau Sabang, kami cuma berehat selepas mengharungi perjalan hampir satu hari. Malam tu lepas berbincang dengan wife dan mak ayah aku maka kami pun setuju untuk keluar pusing2 Pulau Sabang bersama Adi. Puaslah aku cuba nak telefon Adi dengan telefon aku yang takde line sejak jejak kami kat Banda Aceh tadi. Jahanam betul aku tak tau pulak kalau nak auto-roaming kene register, dulu masa aku guna Celcom takde masalah pulak. Disebabkan telefon pun tak boleh guna, aku pun terus ke kafe Freddies mencari staff2 yang ada malam tu untuk pinjam telefon. Nasib aku baik ade seorang staff yang baik hati bagi guna telefon dia, dapatlah aku bagitau Adi untuk bawa kami pusing2 Pulau Sabang esoknya, Adi pun tak menolak.

Esoknya, abah panggil dari chalet sebelah “Zul, matahari cantik ni”. Aku terus terjaga ambil kamera dengan tripod ke balkoni chalet kami yang memang aku mintda dari Freddie untuk dapatkan view yang menghadap pantai. Pemandangan pagi tu memang menakjubkan, dengan suasana tenang, pemandangan cantik, ini memang permulaan percutian yang menarik.

Pemandangan menarik dari balkon chalet kami.
Pemandangan menarik dari balkon chalet kami.
Freddie Sumur Tiga di waktu pagi..
Freddie Sumur Tiga di waktu pagi..

Adi bawa kami keluar pusing2 Pulau Sabang dari jam 8.30 pagi sampai jam 9 malam dengan harga tambang dan upah sebanyak Rp500,000 (RM141). Satu hari Adi bawa kami berjalan sekeliling Pulau Sabang, bermula dengan sarapan pagi di pekan Pulau Sabang. Satu pengalaman bagus untuk aku dan keluarga dapat bersarapan dengan orang2 local, Adi bawa ke kedai makan yang sediakan nasi gurih, nasi gurih ni seakan-akan nasi lemak. Pagi tu dapat kami lihat orang2 kerajaan singgah bersarapan sebelum ke tempat kerja.

Suasana pekan Pulau Sabang
Suasana pekan Pulau Sabang
Sunyi lagi pekan ni waktu pagi, kedai pun baru buka
Sunyi lagi pekan ni waktu pagi, kedai pun baru buka
Inilah dia kedai makan untuk sarapan pagi kami.
Inilah dia kedai makan untuk sarapan pagi kami.
Inilah dia Nasi Gurih dan lontong dan kopi.
Inilah dia Nasi Gurih dan lontong dan kopi.

Selepas sarapan pagi kami terus dibawa ke beberapa tempat menarik di Pulau Sabang, antaranya Kilometer 0 atau Kilometer Nol iaitu tempat paling barat di Indonesia. Dalam perjalanan kitorang singgah pekena ‘Rujak Aceh’ sambil minum air teh botol berbagai perisa.

Air teh botol antara yang mesti dicuba bila ke Indonesia
Air teh botol antara yang mesti dicuba bila ke Indonesia
Rujak Aceh
Rujak Aceh
Mak dan wife bergambar bersama Kijang gebom2 kesayangan Adi
Mak dan wife bergambar bersama Kijang gebom2 kesayangan Adi
Tugu di Kilometer 0
Tugu di Kilometer 0
Pokok2 tua di Kilometer 0
Pokok2 tua di Kilometer 0
Aku dan wife di Kilometer 0
Aku dan wife di Kilometer 0
Kotak es kayu di Kilometer 0
Kotak es kayu di Kilometer 0
Kedai jual air di Kilometer 0
Kedai jual air di Kilometer 0
Menuju Kilometer 0
Menuju Kilometer 0
Tanpa peta ni, kami mungkin sesat.
Tanpa peta ni, kami mungkin sesat.

Pantai Iboih juga adalah antara tempat yang kami lawati, kecantikan pantai di sini memang cantik, lebih cantik dari Pantai Sumur Tiga di chalet kami, hajat hati memang kami nak snorkeling tapi sayangya di kawasan ini tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti laut kerana disini diadakan upacara Kenduri Laut, sebarang aktiviti berkaitan laut tidak dibenarkan sama sekali. Pantang ini dilakukan selama 3 hari dan dilakukan sekali setiap tahun maka aku dan keluarga pun terpaksa lupakan hajat nak bersnorkeling. Semua mat saleh pun sewa motor dan keluar meronda ke tempat lain disebabkan pantai tak boleh mandi. Disebabkan frust tak dapat snorkeling di Pantai Iboih kitorang ambil keputusan untuk berhenti makan tengahari di Pantai Gapang. Lapar sangat sampai kitorang order nasi goreng udang, nasi goreng seafood sambil minum air fanta, memang mewah betul makan tengahari orang yang tak dapat snorkeling ni.

Di tepian Pantai Gapang sambil kelaparan
Di tepian Pantai Gapang sambil kelaparan
Ikan2 gembira di Pantai Iboih
Ikan2 gembira di Pantai Iboih
Pemandangan menarik di Pantai Iboih
Pemandangan menarik di Pantai Iboih
Rasa macam nak snorkeling kat sini.. cantik
Rasa macam nak snorkeling kat sini.. cantik
Bot2 pun bercuti sempena pantang laut.
Bot2 pun bercuti sempena pantang laut.
Hari Pantang Melaut..
Hari Pantang Melaut..

Selepas tu kami ke Benteng Jepun, disini masih terdapat kubu dan meriam Jepun yang masih tertinggal. Pemandangan dari kawasan Benteng Jepun ni memang luar biasa cantik, kawasan tebing curam ini begitu menarik dilihat dari atas, air laut dibawahnya kelihatan biru dan cantik. Kawasan kubu hasil peninggalan askar Jepun ini menunjukkan betapa zalimnya askar Jepun mengerah rakyat untuk membina benteng2 ini yang nampak masih kukuh sampai sekarang. Akar2 pokok menjalar diatas batuan benteng ini. Part 2 perjalanan kami ke Pulau Sabang boleh dibaca disini..

Kubu dan meriam yang tertinggal
Kubu dan meriam yang tertinggal
Akar pokok yang menjalar di atas batuan tembok
Akar pokok yang menjalar di atas batuan tembok
Gambar family la.. apa lagi
Gambar family la.. apa lagi
Abah pun menyiasat apa yang patut.
Abah pun menyiasat apa yang patut.
Tenang kawasan ni..
Tenang kawasan ni..
Aku tak tau nak letak caption apa kat sini.
Aku tak tau nak letak caption apa kat sini.
Wife aku tengah mengembara bersendirian
Wife aku tengah mengembara bersendirian
Amboi wife aku berjalan macam datin2..
Amboi wife aku berjalan macam datin2..
wife aku dan pokok.
wife aku dan pokok.
pokok kelapa yang meninggi..
pokok kelapa yang meninggi..

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2

Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 1

Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 2

92 Comments

  1. Waalaikumussalam..

    boleh.. nanti saya emailkan

    Reply

  2. Waalaikumussalam..

    boleh.. nanti saya emailkan

    Reply

    Fajrul
    Reply:

    Salam, Blh emailkan no adi kat Sy. fajrul1983@gmail.com. Tqvm

    Reply


    Reply:

    W’salam, boleh, nanti saya emailkan.. 🙂

    Reply



  3. Amirussalam Aswadi says:

    Assalamualikum saudara. Boleh saya minta id Facebook utk contact direct dengan saudara ? Terima kasih ^^

    Reply


    Reply:

    Facebook saya Zulhatfi Aziz 🙂

    Reply


  4. Amirussalam Aswadi says:

    Assalamualaikum boleh saudara emailkan atau whatsapps no Adi kepada saya
    Email : amirussalam96@gmail.com
    No tel : 0142347977

    Reply


    Reply:

    W’salam,

    boleh.. nanti saya akan emailkan.

    Terima Kasih

    Reply


  5. Aida says:

    Assalamualaikum. Seronok dapat baca kisah percutian Encik. Banyak info yang sangat membantu. Boleh saya dapatkan maklumat En Adi. Saya dan kawan kawan akan ke sana pada bulan September nanti (:

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam Aida,

    terima kasih, saya dah send info ke email Aida yer.

    🙂

    Reply


  6. Hani Ibrahim says:

    Assalammualaikum.. banyak info sy dapat dr blog encik.. boleh sy dapatkan no tel encik adi.. terima kasih..

    Reply


    Reply:

    Terima kasih.. nanti saya email ya!

    Reply


  7. dya says:

    assalamualaikum…terima kasih berkongsi pengalaman yg menarik semasa encik zul bercuti di aceh.banyak info yg dpt dikongsikan bersama.sy dan family akan ke sana januari 2017.boleh sy dptkan no. tel en.adi…terima kasih

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam, boleh tiada masalah, nanti saya emailkan, selamat berjalan2 ke Aceh, saya doakan selamat pergi dan pulang..

    Reply


  8. Azyla Isa says:

    Assalamualaikum Encik
    Boleh share details supir di Aceh dan Pulau Sabang di email saya?
    Terima kasih

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam,

    boleh takde masalah, nanti saya emailkan.

    Terima Kasih

    Reply


  9. Suziyani says:

    Assalamualaikum tlg email supir di sabang, ke email saya. smz_142@yahoo.com. tq

    Reply


    Reply:

    W’salam, ok.. saya dah email yer.. Terima Kasih 🙂

    Reply


  10. Haida says:

    Assalammuaailaikum wbt

    Boleh email no tepon Adi .terima kasih

    Reply


    Reply:

    Wsalam, ok.. saya dah email no Adi.

    Reply


  11. Najed says:

    As Salam. Terima kasih berkongsi pengalaman. Sangat menarik & gambar2 cantik. Boleh nak minta contact supir di Sabang? Tq in advance.

    Reply


    Reply:

    Wsalam, ok.. saya dah email info ya.. terima kasih..

    Reply


  12. nina wahab says:

    salam . menarik dan sangat berguna info . boleh emailakn sepenuhnya pd saya ? kalau boleh sekali dengan no adi supirnya 🙂
    email ke cikninawahab@gmail.com . terima kasih

    Reply


    Reply:

    ok boleh.. saya dah email ya..

    Reply


  13. syafiq says:

    Hai En Zul, boleh email kn pada saya contact En Adi ? saya plan nk pegi bulan 11 nie 🙂 syafiqqhalim92@gmail.com

    Reply


    Reply:

    Hi Syafiq, boleh.. nanti saya emailkan ya!

    Reply


  14. anis says:

    assalamualaykum, blh sy dptkan contact no encik adi?

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam,

    maaf terlewat reply, saya dah emailkan info tersebut.

    terima kasih

    Reply


  15. siti says:

    Slm..bole saya dptkn no contact en adi?

    Reply

  16. W’salam, boleh.. saya dah emailkan tadi.

    Reply

  17. syafika says:

    salam, boleh email kn sye contact encik adi

    Reply


    Reply:

    Wsalam, boleh.. saya dah emailkan ya

    Reply


  18. Boleh tau tarikh utk pantang laut tu ya?

    Reply


    Reply:

    Assalamualaikum, masa saya ke sana, hari pantang melaut tu pada 14-16 Mei, saya ada emailkan nombor telefon Adi. Nanti cuba tanya Adi untuk tarikh lebih tepat.

    Reply


  19. Nadiah says:

    Assalamualaikum. Boleh kongsikan contact encik adi ?

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam,

    saya dah emailkan no contact adi ya

    Reply


  20. salam boleh bagi nombor en adi? email ke biebrahim@gmail.com
    . terima kasih banyak2 in advance

    Reply


    Reply:

    Wsalam,

    saya baru emailkan info tersebut.

    Reply


  21. Shuhada Anas says:

    Salam Encik. Boleh email kan phone number Adi ke email saya shuhada.anas@gmail.com Terima Kasih

    Reply


    Reply:

    Maaf sangat terlewat reply, saya akan emailkan nanti

    Reply


  22. ridzuan says:

    Salam Encik. Boleh email kan phone number Adi ke email saya mri373@yahoo.com Terima Kasih

    Reply


    Reply:

    Waalaikumussalam,

    saya dah emailkan info ke email tuan ya, maaf atas kelewatan

    Reply


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.