Perjalanan ke Banda Aceh baru-baru ni membuka mata aku sekeluarga tentang Bandar Islam yang dihentam Tsunami pada tahun 2004 . Pembangunan di Aceh nampak begitu pesat sampaikan buat aku tak sangka kawasan ni pernah diuji dengan bencana kuat. Perjalanan kami ke Aceh bermula dari Terminal baru KLIA2, dari sini kami menaiki kapal terbang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Aceh.
Sebelum kami berlepas sempat sarapan pagi di KLIA2, disebabkan malas nak berjalan jauh kami ingat nak alas perut je pagi tu. Terus kami tuju ke bakery ‘The Loaf’, aku pernah beli roti The Loaf ni kat tempat lain tapi yang dekat KLIA2 ni harga mahal sangat tapi makan jugaklah sebab dah lapar.
Disebabkan KLIA2 ni agak besar boleh tahan, kami terpaksa berjalan agak jauh nak ke gate berlepas, dalam perjalanan nak ke gate tu sempat menyinggah pegi toilet, posing2 tepi cermin dengan kapal terbang.. sampai kat gate terus tersadai kat kerusi sebab penat berjalan.
Perjalanan nak ke Aceh tak lama mana, dalam 30 ke 45 minit je. Kami berlepas dari KLIA2 jam 12 tengahari, sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda sekitar jam 12.40 tengahari. Lapangan terbang kat sini taklah sebesar KLIA. Setibanya ke sini dah nampak ramai orang tunggu kat luar untuk jadi driver atau dengan nama lebih cantik ‘tour guide’. Tapi kena hati2 sikit bab nak memilih driver kat sini jangan sampai tertipu, ada driver yang letak harga mahal mentang2 tengok orang baru turun dari kapal terbang dia ingat semua jenis kaya mcm tony stark agaknya.
Ok, sambung cerita.. keluar je dari pintu airport tadi maka ramailah yang berkerumun dan merelakan diri mereka untuk menjadi tour guide kami sekeluarga. Aku ada tips sendiri, pilih orang yang nampak kurang agresif, muka baik dan yg paling penting tak hensem sangat. Maka bertemulah aku dengan seorang jejaka taklah sehensem mana, aku pun terus setuju untuk pilih dia jadi pemandu untuk bawa kami terus ke pelabuhan Ulee Lheue.
Hari pertama aku dan keluarga akan terus ke Pulau Weh atau juga dikenali sebagai Pulau Sabang. Driver kami yang separa kacak terus offer untuk angkat beg untuk disimpan dalam kereta. Aku hulurkan beg paling berat lalu dia pikul macam abang hulk terus menuju ke kereta. Masa dalam perjalanan nak ke pelabuhan, driver tadi sempat ceritakan sedikit pasal Aceh dan tragedi yang menimpa Aceh pada tahun 2004.
“Mau makan tengahari dulu? feri ke balohan pun lewat, jam 2 baru ada” kata driver tadi. Kami pun setuju sebab perut pun lapar, nak jugak merasa makanan tradisi Aceh. Driver ni pun bawa kami ke satu restoran ni. Gaya restoran kat Aceh ni majoritinya seakan2 nasi padang, semua lauk dihidang depan mata, kalau taknak makan lauk tu jangan diusik, kalau usik memang terus masuk bil. Makan kat sini memang mahal, kecewa jugak tapi takpe asalkan perut kenyang. Kami teruskan perjalanan ke pelabuhan Ulee Lheue, sampai kami di sana aku pun terus beli tiket feri ke Balohan, ada dua jenis feri nak ke balohan, ada yang cepat, ada yang lambat, aku pilih yang cepat / executive, harga tiket rp75,000 (RM25) untuk seorang. Lepas beli tiket aku pergi balik ke kereta untuk ambil beg dan bayar tambang kereta.
“Berapa tambang tadi?” aku tanya kat driver tadi..
“Dua ratus ribu saja” dia jawab tenang..
“Tadi bukan ke seratus lima puluh ribu?”
“Kita singgah makan tadi” dia punya jawapan..menyirap aku..
Malas nak berbalah, aku hulur rp200,000 (RM54), dalam hati ni tadi ingat nak suruh dia jadi tour guide bila kami balik ke Banda Aceh nanti tapi disebabkan dia dah buat macam ni terus aku batalkan niat..
“Nanti kalau mau pusing2 Banda Aceh boleh nelfon saya” dia hulurkan bisnes kad kat aku dengan muka tak bersalah..
Feri yang kami naik untuk ke Pulau Sabang seakan-akan feri nak ke Pulan Langkawi, tapi feri kat sini semua tingkapnya tak nampak luar, seat executive pulak jenis aircond, bau petrol semerbak satu feri, maka peninglah mak dan wife aku sepanjang perjalan dalam feri tu. Perjalanan ambil masa dalam satu jam nak ke Balohan. Kami akan bermalam di Pulau Sabang selam 4 hari 3 malam.
Sampai di Balohan terus kami diserbu lagi dengan lelaki2 yang offer untuk bawa kemana saja yang kami mahu. Aku rasa macam raja pulak bila orang keliling macam ni, nak je aku lambai tangan ala2 Queen Elizabeth kat diorang. Disebabkan ada ramai yang kerumun dan aku pun malas nak ikut tips cara memilih ‘Tour Guide’ sebab first driver aku tadi aku ikut tips yang sama tapi tak menjadi, maka aku pun memilih driver bertuah ni secara rambang, harga tambang murah pun jadi ukuran dalam membuat pilihan. Kami dah buat pilihan, driver kami yang kedua adalah Adi, berkenderaan pacuan empat roda model Kijang, dengan tambang rp100,000 (RM27) kami yakin Adi mampu bawa kami ke tempat penginapan kami di Freddies Santai Sumurtiga. Freddies Santai Sumurtiga ni kalau dilihat dari luar memang tak sangka tempat ni salah satu tempat penginapan di Pulau Sabang, nak ke chalet ni kena berjalan kat satu lorong kecil dicelah2 rumah orang kampung kat sini. Dah lepas dari lorong ni baru terkejut tengok betapa indahnya pantai dan pemandangan kawasan ni.
“Esok mau pusing2 Pulau Sabang?” kata Adi sebelum beredar.
“Berapa tambangnya” aku tanya Adi, kali ni aku nak pastikan taknak kena tipu lagi.
“Murah saja, Rp 500000(RM 141), saya bawa pusing2 Pulau Sabang” sambung Adi sambil tersenyum. “Esok pagi kita keluar, saya bawa sarapan pagi sekali” kata Adi lagi.
Aku befikir sekejap.. “Takpalah, macam ni, bagi no telefon Adi dulu, saya telefon nanti”
Adi pun hulurkan no telefon yang dia tulis atas kertas kecil.. aku selitkan celah dompet..
Hari pertama di Pulau Sabang, kami cuma berehat selepas mengharungi perjalan hampir satu hari. Malam tu lepas berbincang dengan wife dan mak ayah aku maka kami pun setuju untuk keluar pusing2 Pulau Sabang bersama Adi. Puaslah aku cuba nak telefon Adi dengan telefon aku yang takde line sejak jejak kami kat Banda Aceh tadi. Jahanam betul aku tak tau pulak kalau nak auto-roaming kene register, dulu masa aku guna Celcom takde masalah pulak. Disebabkan telefon pun tak boleh guna, aku pun terus ke kafe Freddies mencari staff2 yang ada malam tu untuk pinjam telefon. Nasib aku baik ade seorang staff yang baik hati bagi guna telefon dia, dapatlah aku bagitau Adi untuk bawa kami pusing2 Pulau Sabang esoknya, Adi pun tak menolak.
Esoknya, abah panggil dari chalet sebelah “Zul, matahari cantik ni”. Aku terus terjaga ambil kamera dengan tripod ke balkoni chalet kami yang memang aku mintda dari Freddie untuk dapatkan view yang menghadap pantai. Pemandangan pagi tu memang menakjubkan, dengan suasana tenang, pemandangan cantik, ini memang permulaan percutian yang menarik.
Adi bawa kami keluar pusing2 Pulau Sabang dari jam 8.30 pagi sampai jam 9 malam dengan harga tambang dan upah sebanyak Rp500,000 (RM141). Satu hari Adi bawa kami berjalan sekeliling Pulau Sabang, bermula dengan sarapan pagi di pekan Pulau Sabang. Satu pengalaman bagus untuk aku dan keluarga dapat bersarapan dengan orang2 local, Adi bawa ke kedai makan yang sediakan nasi gurih, nasi gurih ni seakan-akan nasi lemak. Pagi tu dapat kami lihat orang2 kerajaan singgah bersarapan sebelum ke tempat kerja.
Selepas sarapan pagi kami terus dibawa ke beberapa tempat menarik di Pulau Sabang, antaranya Kilometer 0 atau Kilometer Nol iaitu tempat paling barat di Indonesia. Dalam perjalanan kitorang singgah pekena ‘Rujak Aceh’ sambil minum air teh botol berbagai perisa.
Pantai Iboih juga adalah antara tempat yang kami lawati, kecantikan pantai di sini memang cantik, lebih cantik dari Pantai Sumur Tiga di chalet kami, hajat hati memang kami nak snorkeling tapi sayangya di kawasan ini tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti laut kerana disini diadakan upacara Kenduri Laut, sebarang aktiviti berkaitan laut tidak dibenarkan sama sekali. Pantang ini dilakukan selama 3 hari dan dilakukan sekali setiap tahun maka aku dan keluarga pun terpaksa lupakan hajat nak bersnorkeling. Semua mat saleh pun sewa motor dan keluar meronda ke tempat lain disebabkan pantai tak boleh mandi. Disebabkan frust tak dapat snorkeling di Pantai Iboih kitorang ambil keputusan untuk berhenti makan tengahari di Pantai Gapang. Lapar sangat sampai kitorang order nasi goreng udang, nasi goreng seafood sambil minum air fanta, memang mewah betul makan tengahari orang yang tak dapat snorkeling ni.
Selepas tu kami ke Benteng Jepun, disini masih terdapat kubu dan meriam Jepun yang masih tertinggal. Pemandangan dari kawasan Benteng Jepun ni memang luar biasa cantik, kawasan tebing curam ini begitu menarik dilihat dari atas, air laut dibawahnya kelihatan biru dan cantik. Kawasan kubu hasil peninggalan askar Jepun ini menunjukkan betapa zalimnya askar Jepun mengerah rakyat untuk membina benteng2 ini yang nampak masih kukuh sampai sekarang. Akar2 pokok menjalar diatas batuan benteng ini. Part 2 perjalanan kami ke Pulau Sabang boleh dibaca disini..
Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1
Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2
Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3
Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 1
Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 2
[…] Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1 […]
[…] Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1 […]
Assalamualikum,
Encil Zuhatfi, mohon izin kiranya dapat saya dikongsikan maklumat berkenaan dengan guider Adi, dan chalet tempat e.zulhatfi tinggal di pulau Sabang untuk saya mengembara disana nanti…
Terima kasih.
Wan Mahani.016 978 0891
meccaou@gmail.com
Reply
Zulhatfi
Reply:
November 19th, 2014 at 12:11 pm
ok.. nanti saya akan email no telefon Adi dan info2 lain ke email Cik Wan Mahani.
🙂
Reply
wah cantik nya pulau iboih.. good info & nice scenery.hmm kena pergi nie.. ceritala lagi dgn detail mcmana chalet ..brp cost & lain2
Reply
Zulhatfi
Reply:
November 21st, 2014 at 7:29 pm
pulau iboih ni memang cantik.. jernih air dia.. nak snorkeling pun best sbb air tenang..
Reply
Assalamualikum,
Encil Zuhatfi, boleh dapat dikongsikan maklumat dan no tel tour guide Adi .. plan nk pergi next month ..
Terima kasih.
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 4th, 2015 at 2:54 pm
alamak.. sorry.. saya baru perasan komen ni.. dah pergi ke aceh ke?
Reply
Salam.
Boleh saya dapatkan contact number Adi & harga menginap di Freddie Sumur Tiga?
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 11th, 2015 at 11:04 am
ok.. nanti saya akan email no telefon Adi dan info2 lain ke email cik yer.
Reply
encik pergi acheh ni bila?
bulan apa yang sesuai g acheh ye?
pastu nak nombor adi sekali
0128667565
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 28th, 2015 at 12:28 am
saya pergi masa bulan mei 2014 dan masa tu cuaca baik, saya akan email nombor adi ke email cik mai ya.
Terima Kasih
Reply
[…] Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1 […]
[…] Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1 […]
Salam. Boleh dapatkan num adi?
Reply
Salam.. boleh.. saya dah send nombor phone Adi ke email yaya. Terima Kasih.
Reply
Salam. Boleh emailkan no Adi kepada saya? Saya akan ke aceh pada jumaat ini.
ctfatimah2402@yahoo.com
Reply
Zulhatfi
Reply:
July 22nd, 2015 at 2:45 pm
Salam Siti,
maaf atas kelewatan, saya telah hantar info mengenai Adi ke email Siti.
Terima Kasih
Reply
Salam,
Salam,
Saya dan keluarga nak bercuti ke Banda Acheh 7 hingga 10 Ogos 2015 ni. kami dah beli tiket flight cuma masih belom ada apa2 arrangement tmpt tnggal dan sebagainya. Ada tak info yang sudi dikongsi?
ni email sy elya2209@yahoo.com
Reply
Zulhatfi
Reply:
July 27th, 2015 at 12:29 pm
Salam Elya,
wah seronoknya.. saya dah hantar info ke email Elya. Nanti check ya!.
Terima Kasih
Reply
Salam..
Tripod (57cm) boleh hand carry ke dlm pesawat air asia x? Nk ke aceh mnggu dpn : )
Reply
Zulhatfi
Reply:
September 10th, 2015 at 4:22 pm
salam..
saya kerap hand carry tripod saya ke dlm pesawat dan sepatutnya tiada masalah tapi semasa nak pulang ke Malaysia, pihak berkuasa aceh tak benarkan saya pegang tripod tersebut dan minta saya simpan dalam backpack saya. Nasib baik muat.. fuhh
Reply
Assalamualaikum saya amat tertarik dengan cerita saudara ke bandar acheh, boleh saya dapatkan kontek tempat penginapan di pulau sabang dan no. Hp adi.
Sekian terima kasih
Sobri 019 4528528
Reply
Zulhatfi
Reply:
November 23rd, 2015 at 10:47 am
Boleh takda masalah, nanti saya email pada saudara info2 semua ya.
Terima Kasih
Reply
salam..boleh tak sy nak dptkn no Adi..dan tempat penginapan di aceh dan pulau sabang..dan juga klau boleh nak tau estimation bajet utk seorang agak2 berapa ye?
terima kasih.
Reply
Zulhatfi
Reply:
November 27th, 2015 at 2:45 pm
boleh nanti saya emailkan yer..
Terima Kasih
Reply
Nanti emailkan sy tour Guide awk tu ( Adi ).
Reply
Zulhatfi
Reply:
November 27th, 2015 at 2:45 pm
boleh.. nanti saya emailkan yer 🙂
Reply
Assalam..saya akn bertolak ke Acheh esok pagi, isnin 30 Nov 2015..saya baru baca blog en arini krn utk dptkan sedikit info..so far, best jgk di Acheh..
Reply
Zulhatfi
Reply:
November 29th, 2015 at 5:22 pm
Wsalam, wah bestnya.. Aceh ni banyak juga tempat2 yang menarik boleh singgah. Kalau nak snorkelling bolehlah pergi ke Pulau Sabang. 🙂
Reply
as salam bang..boleh kongsikan no phne guide adi di Pulau Sabang ..Plan nak ke sana bulan 3@4 2016…nk wasap pn boleh-0182285508
Reply
Zulhatfi
Reply:
December 21st, 2015 at 11:27 am
Wsalam, boleh takde masalah.. nanti saya email yer 🙂
Reply
Assalamualaikum.boleh sy dptkan no. guide yg bernama Adi itu? Bakal ke Aceh dan Pulau Sabang Januari depan..InsyaAllah..terima kasih.
email : nana190183@yahoo.com
Reply
Zulhatfi
Reply:
December 21st, 2015 at 11:28 am
Waalaikumussalam,
boleh.. nanti saya email yer.. Terima Kasih.
Reply
salam. nak no tourist guide boleh?
Reply
Zulhatfi
Reply:
February 26th, 2016 at 10:33 am
Maaf sangat lewat… boleh nanti saya emailkan..
Reply
Assalamualaikum. Boleh email saya itinerary tuan dan bajet utk 1 family macam tuan?
annessyha@yahoo.com
Terima kasih. 🙂
Reply
Zulhatfi
Reply:
February 26th, 2016 at 10:32 am
Assalamualaikum,
alamak saya takde buat specific itinerary, semua yang saya cerita dlm blog ni la itinerary saya. 🙂
Reply
boleh emel kat saya kos kos di pulau sabang? dan berapa kos yg diabiskan selama berada dia acheh? emel kpd saya: amjackpack@gmail.com
Reply
Zulhatfi
Reply:
February 26th, 2016 at 10:31 am
boleh… nanti saya emailkan..
Reply
hi…best baca entry awk yg ni..can share no guide tourist kpd sy?
Reply
cik ami
Reply:
March 13th, 2016 at 12:57 pm
boleh emel kat saya kos di pulau sabang? dan berapa kos selama berada di acheh? and boleh sarankan tmpt menarik lagi di acheh? this is my email : hamizahhuda2828@gmail.com
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 17th, 2016 at 10:53 pm
Inshallah, nanti saya akan mailman.. terima kasha
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 17th, 2016 at 10:52 pm
terima kasih.. nanti saya akan email yer..
Reply
Assalamualaikum encik..boleh tak sy nak dptkn no Adi..dan tempat penginapan di aceh dan pulau sabang.. emel saya wafiy_ayumie@yahoo.com
Reply
Zulhatfi
Reply:
April 12th, 2016 at 1:22 pm
boleh nanti saya emailkan ya.. terima kasih 🙂
Reply
Assalamualaikum encik..boleh tak saya nak dptkn no Adi..dan tempat penginapan di aceh dan pulau sabang serta info kos penginpan di Pulau Sabang.. emel saya yer mohdfaizalmohdibrahim@gmail.com
Reply
Zulhatfi
Reply:
June 23rd, 2016 at 8:24 am
Waalaikumussalam..
boleh.. nanti saya emailkan
Reply
Assalamualaikum wbt.. boleh sy nak dptkn no Adi.. acttraction in sabang? emel sy banshee.masked@gmail.com
Reply
Assalamualaikum saya amat tertarik dengan cerita saudara ke bandar acheh, boleh saya dapatkan kontek tempat penginapan di pulau sabang dan no. Hp adi.
Sekian terima kasih
Reply