Hari ketiga di Pulau Sabang bermula dengan abah ke jeti di hujung Pantai Sumur Tiga untuk memancing ikan, aku keluar ke kawasan pantai untuk ambil gambar sunrise, wife menemani, Nisa lewat bangun dan mak di balkoni bilik berehat sambil membaca buku. Matahari mula muncul, makin lama makin tinggi, Nisa datang menemani wife yang duduk di tepi pantai dari tadi menemani aku. Matahari pagi makin tinggi, aku, wife dan Nisa berjalan kaki menyusuri pantai Sumur Tiga terus ke jeti untuk lihat abah. Kelihatan orang kampung baru pulang dengan hasil laut, ramai yang dah menunggu di darat untuk membeli hasil tangkapan. Kami yang menemani abah di tepian jeti tiada hasil sampai ke sudah. Terus kami pulang ke Freddie. Air pantai mula naik, kami redah juga tepian pantai sampai ke Freddie walaupun sebenarnya tak semudah yang disangka, terpaksa berdepan ombak di tepi pantai tempat kami berjalan.
Selepas itu, pencarian sarapan pagi di sekitar kawasan Sumur Tiga bermula, disekitar kawasan Freddie ni terdapat rumah2 orang kampung, berjalan keluar sikit menyusur jalan di perkampungan ini pasti akan berjumpa dengan kedai runcit, bengkel motor dan gerai makan. Aku, wife dan abah bertemu dengan satu gerai di kecil, kelihatan beberapa orang minum disitu. Terus kami ke gerai tu dan aku nampak abang tuan kedai tengah menarik kopi sambil menjengket kaki. Di gerai ni juga ada jual aiskrim batang atau kita kenali sebagai aiskrim Malaysia, dah lama aku tak jumpa aiskrim macam ni kat Malaysia sendiri. Lepas puas minum pagi dan berbual2 dengan pakcik yang memang tinggal di kawasan Sumur Tiga, kami balik ke bilik dan tapau sedikit makanan untuk mak dan adik aku Nisa. Makan disini murah, banyak juga makanan yang kami beli disini dan harganya cuma Rp60,000 (RM16).
Hari ni aku, Nisa dan wife berhajat nak bersnorkeling di Pantai Sumur Tiga, keghairahan nak bersnorkeling ni bermula sejak hari pertama sampai kesini. Kelengkapan untuk snorkeling kat sini boleh disewa terus di Freddie atau boleh menyewa dari tempat lain disekitar Pantai Sumur Tiga. Disebabkan ramai orang dah mula masuk menginap disini maka kelengkapan snorkeling di Freddie orang lain dah sewa dulu, aku terpaksa berjalan dengan wife dan adik aku nisa ke satu lagi tempat menyewa lain.
Sesi snorkeling pun bermula dengan jayanya, walaupun ombak kuat pagi tu, kami berjaya snorkeling sampai ke petang. Disebabkan terlalu penat snorkeling, kami terus pergi ke kafe Freddie, makanan kat sini memang sedap, kami order ala carte je, nasi goreng ayam, nasi goreng seafood semuanya sedap, kami siap bungkuskan satu nasi goreng untuk mak yang rehat dalam bilik.Belanja makan tengahari kami jumlahnya Rp195,000 (RM52) . Lepas balik ke bilik, semua tido sampai ke petang, aku dengan abah yang rajin pergi pulangkan kelengkapan snorkeling yang kami sewa pagi tadi, harga untuk semua barang yang kami sewa agak murah juga, cuma Rp120,000 (RM 32).
Malamnya kami makan pizza di cafe Freddie lagi, ramai yang memuji pizza di sini, kami tak ketinggalan nak rasa pizza disini. Memang sedap!.. Siapa yang menginap disini memang kena cuba. Harga pun ok la, kami order 2 keping pizza, harganya Rp158,o00 (RM42). Sebelum kami balik berehat di bilik, ada sorang brother ni datang ke meja makan kami, dia keluarkan lukisan corak yang berbeza2 dan bermacam2 saiz, menarik dan penuh teliti kerja tangan ni. Brother ni kata abang dia yang buat semuanya, dia cuma tolong abang dia jualkan. Dia gelarkan seni ni sebagai “Batik Sabang”, aku beli satu sebagai tanda sokongan, dengan harga Rp50,000 (RM 13) aku harap dapat membantu penggiat seni ini.
Kami balik ke bilik, malam ni adalah malam terakhir kami di Pulau Sabang, 4 hari 3 malam disini mungkin terlalu lama bagi sesetengah orang, tapi bagi kami sepanjang kami berada di Pulau Sabang, semuanya indah2 belaka. perjalanan seterusnya, kami akan balik ke Banda Aceh untuk melihat bandar yang teruk dihentam Tsunami ini.
Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 1
Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 2
Ikuti kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3
Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 1
Ikuti kisah Percutian ke Banda Aceh – Part 2
[…] kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3 nuffnang_bid = "4bbf1113b4f4d68baeaef56a4cfe0c4b"; document.write( "" ); […]
[…] kisah Bercuti di Pulau Sabang – Part 3 nuffnang_bid = "4bbf1113b4f4d68baeaef56a4cfe0c4b"; document.write( "" ); […]
assalam…blh xsye nk tw hrge tmpt pnginapan shry brpe?? dan ade xno adi??
Reply
Zulhatfi
Reply:
October 11th, 2016 at 10:27 am
Terima kasih… nanti saya emailkan info ya..
Reply
elly
Reply:
October 11th, 2016 at 11:24 am
check in dn check out chalet jm brpe ye??
Reply
Zulhatfi
Reply:
October 11th, 2016 at 3:37 pm
lebih kurang macam di Malaysia juga 🙂
Boleh email kt saya jgk psl hotel.. qasehyana@gmail.com hotel dia ok x? Selesa?
Reply
Zulhatfi
Reply:
November 8th, 2016 at 9:59 am
Boleh, saya dah emailkan contact hotel di sana, Alhamdulillah sepanjang saya di sana, hotel2 ni selesa dan servisnya bagus.
Reply
Hai, Sy Pun Berminat Untuk Dapatkan No Tel Adi
Dan Contact Ke Freddie Chalet
Reply
Zulhatfi
Reply:
January 13th, 2017 at 12:05 pm
Hai, ok.. nanti saya email ya!
Terima Kasih
Reply
As salam en zulhatfi
Boleh sya dptkan nama hotel yg en menginap di pulau sabang dn contact no adi x?
Reply
Zulhatfi
Reply:
May 17th, 2017 at 12:30 pm
W’salam, ok nanti saya hantar ya..
Reply
Blh dptkan no tel adi dan no tel fredie chalet
Reply
Zulhatfi
Reply:
January 17th, 2018 at 9:47 am
Boleh, saya dah emailkan no info tersebut.
Reply
Salam..boleh sy dapatkan no telp adi timekasih
Reply
Zulhatfi
Reply:
May 13th, 2018 at 11:18 am
Wsalam, saya dah emailkan no tel adi.
Reply
salam boleh saya dapatkan no adi dan contact ke freddie ? dan cik snorkeling di pulau mana eh
Reply
Zulhatfi
Reply:
July 9th, 2018 at 2:46 pm
Wsalam, saya dah emailkan info tersebut. Di Pulau Sabang/ Pulau Weh boleh ke Pulau Iboih untuk snorkeling.
Reply