Isi masa lapang anda.. dengan melukis..

Mulai harini semua post abang akan gelarkan diri ini sebagai ‘abang’.. untuk memudahkan pembaca dari segi pemahaman dan diri abang pun dah dimamah usia maka penggunaan kata ganti diri ‘abang’ lebih bersesuaian.

Semenjak akhir2 ni kalau abang ada masa terluang memang abang luangkan masa untuk melukis, syukur dengan kurniaan yang diberi Allah S.W.T.. Buat yang berminat nak melukis, abang nak kenalkan satu kedai kat The Gardens Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Mid Valley Mall. Nama kedai ni ‘Art Friend’, kat sini boleh dikatakan segala benda peralatan untuk peminat seni contohnya melukis cukup banyak. Kalau macam abang ni, nak cari pensel memang ada macam2 jenis, macam2 brand. Harganya terserahlah pada siapa yang nak melukis, yang murah ada, yang mahal sikit pun ada.

Abang guna pensel jenis charcoal dengan graphite untuk kebanyakkan lukisan abang. Dulu masa zaman sekolah abang lukis pakai pensel 4B je. Ada pelbagai range untuk pensel2 ni… abang beli campur2 je, asalkan ada range gelap dan tak gelap. Ok, apa guna pensel gelap dengan tak gelap ni? Abang gune pensel yang tak gelap contohnya (7H) untuk sketch awal sebab masa ni kita tak confirm lagi dengan segala garisan yang kita letakkan atas kertas,  lepas dah rasa confirm, dah rasa cun baru abang overwrite dengan pensel gelap.

wpid-img_20150212_154209-645x645
gambar Afdlin Shauki ni abang lukis sepenuhnya guna graphite pensel
wpid-img_20150113_204823
gambar pokok ni pulak abang lukis guna campuran pensel graphite dan charcoal.

Range tone pensel dari gelap ke cerah ni sebenarnya tak kisah nak guna bila, nak terus guna pensel (9B) pun boleh kalau mau..Dekat ‘Art Friend’ ni ada brand2 pensel yang popular dikalangan pelukis2 serata dunia, brand mcm ‘Derwent’ antara yang abang guna dan beli dari ‘Art Friend’. Memang seronok bila isi masa lapang dengan melukis ni tapi posturw badan kena jaga, abang pun takde meja khas lagi untuk melukia, abang guba meja lipat kecik tu je untuk melukis, sakit2 badan abang lepas tu.

wpid-img_20150108_095006-645x645
gambar ni pun abang lukis guna campuran pensel graphite dan charcoal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.