Ok, kita sambung balik cerita abang semalam, mesti ramai yang tertunggu2 refresh news feed facebook tertanya2 ‘Apa jadi dengan cerita abang semalam
ni? Aku sampai mengigau2 nak tau apa jadi dengan cerita semalam’.. Takpe, abang dah faham sangat, so harini abang nak sambung balik cerita semalam.
Cerita semalam abang bukan nak cerita pasal harga makanan yang RM8.20 tu, sebenarnya abang nak cerita benda lain. Cerita dia macamni, lepas abang balik opis dan sambung kerja abang dengan riang dan gembira, abang pun ke surau solat Zohor. Ustaz ada pesan, ‘kita ni kalau bekerja jangan lupa solat, jangan tangguh solat sebab kerja, setan selalu hasut kita melengah2kan solat’. Lepas solat abang balik nak sambung kerja lagi abang tengok ada dua missed call, abang pun call la balik nombor tu, abang dah agak dah ni mesti nombor bengkel tadi. ‘Hello..’ Abang ucap selamat dulu, ‘Hello bos, saya dari bengkel aa. Saya mahu minta maaf dulu bos, saya tau tadi saya ada buat silap.. Saya mau minta maaf dulu aaa..’ Abang heran jugak tauke ni dia dah kenapa tiba2 nak minta maaf dengan abang, ni kali pertama seorang tauke kedai tayar dengan tak semena-mena nak minta maaf dengan abang. ‘Kenapa? Ada masalah apa?’ Abang tanya guna intonasi Abg Jalal kita. ‘Ini macam bos, tadi ha itu absorber yang saya order itu haa.. Dia tak ngam tau, itu lama punya model.. Bos punya itu baru punya model.. Saya minta maaf aa..’ Dia sambung balik cerita dia.. Abang diam je masa tu.. ‘Itu absorber bos punya model baru punya tau, manyak lompat jauh.. Ini macam la, bos bayar sikit saja, lain kos saya bayar.. saya rugi sikit takpa’ dia sambung lagi cerita dia. Abang terus cakap dengan dia ‘Ok macam ni la, u pasang balik i punya barang, nanti saya datang ambik saya punya kereta, lain kali i datang buat’. Tauke tu terus jawab ‘ Bos, u tambah satu ratus saja maa’. Abang masa tu terus tanya dia ‘u bagitau i berapa total semua sekarang’. Dia pun ‘hurmm.. Kejap haa.. Total semua 1080’.. Abang pun call la orang2 yang lebih tau hal kereta bertanyakan harga sebenar. Tapi yang pastinya harga sebenar barang tu jauh tersasar dari harga yang tauke tu letak.. Abang pun call balik tauke tadi.. ‘Bro, kejap lagi i datang sana kita bincang’.
Sampai kat bengkel abang pun pergi jumpa tauke tu, dia cakap la dia boleh turunkan lagi harga jadi RM850. Tau tak masa tu abang rasa makanan tengahari yang abang makan yang harga RM8.20 , yang pedas tu takdela pedas mana sebenarnya. Pedasnya tuh cuma disini.. Tau dimana? Disini..
‘Lain kali i buat balik, u pasang balik i punya barang’ abang cakap dekat tauke dia. Dia buat muka redha je, terus dia blah pegi tempat lain. Budak2 bengkel dia pasang la balik semua barang2 yang diorang bukak tadi. Tak lama lepas tu tauke dia datang balik, ‘Bos, u kena buat balik allignment tauz sebab sudah bukak tayar semua, itu upah bukak barang semua tadi’.. Mula2 tu abang dia jugak lepas tu abang tanya dia balik ‘u bagitau i berapa total semua’. Dia jawab ‘ hurmm.. hurmm.. satu ratus empat puluh’ Abang rasa tauke dia ni saja permainkan hati abang yang tengah pedas tadi ni. ‘Upah pasang saja berapa?’ Abang tanya dia lagi. ‘RM60 saja’ dia jawab. ‘Ok, u pasang je, allignment nanti i buat’ abang jawab gaya Van damme. Abang ingat dah settle, sekali tauke ni dia mcm nak sampaikan sesuatu kat abang ‘Bos, u jangan pandang rendah itu allignment ha’. Abang masa tu rasa macam Bruce Willis, abang tanya dia penuh garang ‘U ingat i masuk u punya kedai suruh u pasang ini absorber lama balik ke mcmana?’. Masa tu dia terus melutut sebelah abang haa.. Baru dia tau abang siapa.. Tapi dia melutut sebelah abang sebab dia nak kutip skru. Dia cakap ‘Bos saya takda maksud mau cakap itu macam’. Abang malas nak diskus panjang lebar dengan dia, abang balas balik dengan buat muka harimau terus tauke tu pergi masuk opis dia.
Bila dah settle semua abang pun kembali bersalaman dengan tauke tadi sebab dia ada kata ‘Saya mau bos senang hati saja..saya pun tau kita ada sikit faham salah saja’. Pesanan abang kepada semua, aritu abang tengok kat 7 eleven ada jual slurpee root beer, telan air liur abang dibuatnya.