Harini abang ingat abang nak cerita sesuatu yang berbeza, sesuatu yang fresh, takdela bosan meleweh cerita abang orang baca pun macam nak tido.
Tiba2 harini abang teringat pulak satu kejadian masa abang menunggu wife abang nak deliver kat Hospital haritu. Sepanjang kat Hospital haritu abang tido lebih kurang2 hari jugak kat bilik menunggu hospital tu. Ada satu kusyen ni memang abang dah cop siap2, kalau abang nak keluar solat ke makan ke abang tinggalkan plastik beg makanan abang atas kerusi tu. Tapi abang letak plastik beg tu bukan sebab taknak bagi orang duduk, abang letak situ sebab malas nak bawak kesana kemari. Orang selalu cerita kalau duduk kat hospital ni macam2 cerita seram jadi. Abang pun ade jugak satu cerita ni, boleh tahan jugak seram dia.
Ada satu malam ni macam biasa la abang duduk la kat kusyen empuk kat hujung bilik menunggu tu, tengah sedap2 abang duduk2 situ sekali mak ayah abang dengan adik abang sekali datang semata2 nak hantar burger, kenyang jugak abang malam tu dapat ratah burger padahal abang dah kenyang dah masa tu. Lepas mak,ayah dan adik abang balik, abang pun rasa tak sabar2 la nak masuj bilik menunggu tu nak pegi kat kusyen kesayangan abang tu nak tido.
Dari luar bilik abang boleh intai dari cermin kat pintu tu ade la dalam enam orang dalam bilik yang sama. Belum abang bukak lagi pintu tu abang tengok semua pandang abang, abang buatla muka bengis sikit nak bagi mereka takut tapi mereka tetap pandang abang. Abang pun dah bosan nak layan diorang abang pun bukak la pintu tu, elok je abang bukak pintu tu tadi abang dengar bunyi seram.. Bukan setakat bunyi seram, abang pandang ke arah bunyi tersebut.. Fuhh memang seram.. ‘Kroohhh Kroohhh’.. Ini first time abang rasa terganggu dengan runut bunyi tu tadi.
Sebenarnya masa masuk bilik tu tadi abang rasa nak tergelak dah tapi abang tahan je, abang duduk kat kusyen abang, abang keluarkan telefon, abanh main game buat2 busy sikit tapi bunyi tadi tu kuat sangat sampai ganggu semua orang. ‘Heyy.. You know haa….’ Abang dengar orang sebelah abang baru nak start berbual. ‘KROGGGHHH.. KROGGHHHHH’.. belum semoat orang sebelah abang tadi habiskan ayat dia, bunyi tadi datang menggangu.. Yang kawan dia ni puaslah tanya dia.. ‘Whatt?? Whatt??… What you said just now??’. Bukan setakat tu, kadang2 bunyi tu punyalah kuat sampai ade indian girl depan abang ni dia pandang abang nak ajak gelak. Mula2 abang tahan je, abang tengok muka dia pun kelat je tahan gelak.. Bila abang gelak, dia pun gelak sama. Tapi lantaklah, abang takkan mengalah, malam tu abang tido sampai pagi ditemani bunyi tadi, korang tau kan bunyi apa? Orang berdengkur tapi ni versi volume paling maksimum. Brother yang berdengkur ni siap bangun pukul 2-3 pagi sebab nak sambung kusyen dia nak bagi sedap tido. Masalahnya lagi sedap dia tido, lagi kuat bunyi dia..
Kesimpulan yang abang boleh buat adalah abang tak ambik lagi toto kat kedai dobi tu, semalam abang singgah dah tutup pulak. Esok abang ingat abang nak cuba lagi. Ni satu lagi stok Tamiya abang ni dah makin susut, siapa nak contact la abang, abang bagi harga istimewa ketuk ketuk Ramadhan untuk semua.