Ni sebenarnya dah masuk kali kedua abang ke Jepun. Tahun 2013 masa abang ke Jepun abang lawat macam2 kawasan di Jepun. Abang pergi Tokyo, Osaka, Kyoto, Hiroshima, Nagoya, perjalanan sebelum ni jadualnya agak padat berbanding perjalanan kali ni. Kali ni abang cuma pergi ke Tokyo dan Osaka. Bagi yang bercadang nak ke Tokyo atau Osaka, abang akan kongsi jadual perjalanan abang kesana dan abang akan kongsikan juga pengalaman abang semasa ke sana. Supaya dapat membantu semua yang perlukan info.
Flight abang dari KLIA2 jam 8.15 pagi menaiki AirAsia. Penerbangan awal macam ni sebenarnya memang tak dirancang. Masa abang beli tiket flight ni, abang beli awal 10 bulan dan kombinasi tarikh pergi dan balik ni abang tak rancang pun. Abang just pilih mana2 tarik pergi balik dengan harga murah dan jaraknya lebih kurang seminggu lebih dan taraaa… Abang berjata beli tiket dari KLIA2 ke Kansai Airport pada 29 Dis 2015 dan pulang semula ke KLIA2 pada 8 Jan 2016. Ok, abang sambung balik cerita tadi, abang tiba di KLIA2 awal 3 jam dan macam biasa malam sebelum tu tak tido sebab mengemas barang2 untuk dibawa ke Jepun. Ok, jom skip cerita pasal KLIA2, kita terus pergi ke Osaka.
“Tak sejuk pun weih” kawan abang bersuara sebaik sampai ke airport Kansai di Osaka, ya.. memang tak sejuk sebab kami masih dalam kawasan airport. Abang dah boleh agak ni kalau keluar kejap lagi confirm sejuk. Kalau ikutkan suhu di Osaka masa tu adalah 1℃ . Masa sampai disini, matahari Jepun dah mula terbenam, abang dan kawan2 abang pun pergi ke surau di Kansai Airport ni yang terletak di tingkat 3F, jalan nak surau (prayer room) ni bersebelahan dengan UNIQLO. Surau di sini memang sangat selesa dan bersih, sangat selesa kami solat di surau ni. Sebenarnya di Kansai airport ni ada 3 surau yang disediakan. Abang listkan kat sini lokasi surau kat Kansai airport ni.
- 3F – Pintu nak ke surau bersebelahan dengan UNIQLO
- International Gate Area North Wings
- International Gate Area South Wings
Lepas solat abang dengan kawan2 pun bergembira buat pertama kalinya di UNIQLO dengan beg berat yang kami galas, harga barang2 di UNIQLO Jepun dan Malaysia tak jauh beza, rasanya di Jepun harganya mahal sikit cuma kalau ada barang2 yang ada promotion tu memang murah dan bolehlah dibeli. Lepas leka melihat barang2 di Kansai Airport kami pun turun ke tingkat bawah untuk menyewa mobile internet yang boleh memberi kami internet di mana disepanjang perjalanan kami di Jepun nanti.
Oh ya, ada sedikit tips bagi mereka yang nak menyewa internet, abang telah menyewa Global WIFI yang berada di tingkat 1F, masa abang mula2 tanya dengan sorang perempuan kat kaunter tu dia bagi harga sekitar 10,000¥ untuk sewaan sampai hari terakhir kami di Jepun iaitu 8 Jan 2016 (11 hari). Tapi bila abang pergi tanya2 kaunter lain yang sediakan wifi juga (Softbank dan lain2). Abang rasa Global WIFI sediakan pakej lebih baik jadi abang pun pergi balik ke kaunter Global Wifi, tapi bila abang datang balik ke kaunter Global Wifi tu, lelaki pulak yang layan kami sebab yang perempuan tu layan customer lain. Yang bagusnya lelaki tu bagi kat abang harga lebih murah iaitu 8910¥ , jauh bezanya maka abang pun terus buat bayaran dan blah dari situ. Jangan lupa mereka perlukan salinan passport kita sebelum modem dan wifi tu boleh disewa.
Satu lagi, pakej2 mereka biasanya disertakan dengan insurans kalau2 portable modem tu hilang. Tapi abang tak ambil insurans tu, perjalanan bajet, kenalah berjimat mana2 yang boleh. Bila bercakap pasal portable wifi ni, bagi yang banyak berjalan macam abang ni, abang cadangkan untuk siap sedia dengan power bank kalau2 bater wifi padam. Macam portable wifi yang kami sewa ni, baterinya boleh bertahan agak lama, lebih kurang 6-7 jam, so lepas2 tu kalau tak balik2 rumah jugak terpaksalah gunakan power bank. Hehe..Lepas selesai hal internet kami pun terus bergerak ke Osaka Station, perjalanan ambil masa lebih kurang satu jam. Masa nak kesana suasana dah gelap abang risau lewat sampai sebab kami bercadang nak jumpa kawan kami untuk pergi makan2 sekitar area Osaka Station tapi Alhamdulillah sampai juga walaupun sedikit lewat.
Bila sampai di Osaka Station ni barulah terasa sejuknya, abang pun beriya la pakai sarung tangan tapi bila tengok orang2 Jepun sekeliling abang, abang rasa sangat noob sebab semua tak pakai pun sarung tangan. Kami berjalan menuju ke satu restoran yang kawan abang cadangkan, kawan abang ni memang rakyat Jepun maka kami pun ikutlah dia pergi ke restoran yang dikatakan teramat lazat tu. Jalan punya jalan punya jalan, restorannya tak nampak2, sakit kaki, penat semua ada. Bila sampai ke restoran yang dikatakan tu, penuh pulak. Orang kat restoran tu kata kena tunggu dekat nak sejam, kami buat keputusan untuk ke restoran lain pulak.
Yang kelakarnya, tadi kami berjalan dari Osaka Station ke restoran yang penuh ni punyalah jauh, lepas tu kawan abang ni bawak kami patah balik ke Osaka Station, bawah Osaka Station ni banyak je restoran, kami menuju ke salah satu restoran sushi untuk menikmati sushi pertama kami di Jepun. Sushi kat sini murah jugak tapi abang lupalah nama restoran ni apa.
Selesai makan, kami pun pergi ke rumah tempat kami bermalam, tempat ni abang jumpa di AirBNB, pada sesiapa yang belum pernah dengar pasal AirBNB, korang kena cuba, yang penting kena tengok review pengguna yang pernah menginap kat tempat tu. Rumah yang kami tinggal pada malam ni memang terbaik, sangat bersih dan kawan2 abang pun puas hati dengan rumah tu. Sebelum sampai rumah tu tuan rumah memang dah bagi detail dan map untuk ke rumah tersebut, tuan rumah ada bagi sekali password untuk unlock pintu utama. Masa kami sampai malam tu suasana agak sunyi sebab kawasan ni memang kawasan perumahan dan masa tu kami sampai dah agak lewat. Bila kami buka pintu rumah dan tengok keadaan dalam rumah, memang terbaik.
Esok paginya abang bangun awal, kat Malaysia pun tak awal macam ni. Teringin pulak hati ni nak tengok suasana depan rumah, bila abang bukak sliding door kat balkoni atas mulut abang terus menjerit “Woi sejuk betulll..”, bila abang intai luar abang nampak ada la pakcik2 Jepun berjalan sambil buat senaman pagi, takde pulak diorang pakai baju macam cuaca sejuk. Abang turun ke tingkat bawah, baru abang perasan yang asan takde kat tilam dia. Bila abang turun tak nampak pun kelibat asan.
Abang terfikir takkanlah asan keluar bersenam kot, malam tadi pun asan dah mengamuk2 marah kat abang pasal remote heater , terus abang teringat hal malam tadi “Apasal sejuk ni zull.. Ang pi pasang aircond pasai apa?”. Manalah abang tau dah remote aircond tu guna tulisan jepun, abang try semua button, yang keluar angin sejuk je.
Harini asan hilang, abang jalan slow2 masuk dapur terus abang tuju ke bilik mandi. “San.. Oo san” abang panggil asan dari dapur, Abang dengar bunyi air, lepas tu ada mcm bunyi angin. Abang pun intai la tengok ada apahal dalam bilik mandi tu. Abang nampak ada susuk tubuh baju hitam pakai seluar ketat heattech uniqlo warna merah. Abang tengok dia mencangkung je sambil tekan2 panel kat dinding sebelah tub mandi. Tiap2 kali dia tekan tiap2 kali tu jugaklah air keluar dari berbagai arah, yang kelakar ada wap air keluar dari atas. Abang tak tau la dia buat apa. “Weih san, ang buat apa?” abang tanya asan. Terus dia berpaling tengok abang “Weih susah do mende ni, aku try dari tadi tak keluar2 pun air panas,semua sejuk” muka asan sayu, abang tengok baju dia pun dah lencun sebab kena wap air tadi. Nasib baik abang dah belajar tulisan jepun malam tadi. Sepantas kilat abang dah berjaya selesaikan masalah asan.
Kami bermalam di rumah yang cukup hebat ni cuma satu malam, pagi tu kami keluar dari rumah dan jadual kami haritu cuma berjalan2 di sekitar Osaka, malam pulak kami akan menaiki bas ke Tokyo.
Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 1
Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 2
Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 3
[…] Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 1 […]
[…] Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 1 […]
salam abg.nak tye beg bolyh masuk lam flght ke??or kena ambik lgage..?? tq bang
Reply
Zulhatfi
Reply:
April 27th, 2017 at 5:20 pm
backpack boleh je bawak naik.. kene tgk saiz dan berat.. cuba tanya airlines yang saudara naik tu..
Reply
Fatin
Reply:
April 29th, 2018 at 9:33 am
Salam, boleh tau apa nama guesthouse tu?
Reply
Zulhatfi
Reply:
May 13th, 2018 at 11:14 am
Wsalam, ok saya dah emailkan info yer
Salam. Nak tanya guesthouse ni nama apa yer?
Reply
Zulhatfi
Reply:
June 9th, 2017 at 10:39 am
W’salam, nanti saya emailkan info berkenaan guesthouse tu ya.
Reply
Salam,
boleh saya tau nama guesthouse tu
Reply
Zulhatfi
Reply:
January 28th, 2018 at 7:26 pm
W’salam,
saya dah emailkan info berkaitan guesthouse di Osaka ya.
Terima Kasih
Reply
Salam abg ape name guesthouse tu ya ?osaka ke ade usj ?kalau tokyo ade disneyland kan ?and balik flight abg ambil flight tokyo-kul ke ?
Reply
Zulhatfi
Reply:
February 7th, 2018 at 1:35 pm
Wsalam,
ok saya dah emailkan info berkenaan guesthouse. Universal Studio memang dekat Osaka, Disneyland dan Disney Sea di Tokyo. Masa balik saya ke Osaka semula (Osaka > Tokyo > Osaka).
Reply
boleh sy dapatkan nama airbnb? tq
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 13th, 2018 at 1:06 pm
Ok, saya baru emailkan info.
Reply
Afiqah
Reply:
March 16th, 2018 at 6:50 pm
Boleh saya dapatkan juga nama rumah tu? Planning nak pergi ke osaka
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 26th, 2018 at 7:43 am
Hi Afiqah,
boleh, saya dah hantarkan ke email ya.
Assalamualaikum.. bleh sy tau nama guesthouse tu?
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 26th, 2018 at 7:42 am
Waalaimussalam, ok, saya baru hantar..
Reply
Bleh tlg emailkan guesthouse?
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 26th, 2018 at 7:43 am
Hi Inas,
boleh, saya baru hantarkan info ke email ya
Reply
Bleh tahu nama guesthouse..
Reply
Zulhatfi
Reply:
March 26th, 2018 at 7:43 am
ok, saya dah email
Reply
Boleh emailkn nama guesthouse? Beli tiket bas ke tokyo online atau bole beli on the spot je?
Reply
Zulhatfi
Reply:
May 13th, 2018 at 11:10 am
Ok nanti saya emailkan.. berkenaan bas tu, lebih baik beli dari online terus..
Reply
assalamualaikum…
Minta jasa baik tuan untuk emailkan saya penginapan di osaka dan tokyo ye. shasha0376@gmail.com
Thank you in Advaance.
Reply
Zulhatfi
Reply:
May 13th, 2018 at 11:17 am
Waalaikumussalam, saya dah emailkan info berkaitan
Reply
Boleh tau nama guesthouse tu?
Reply
Zulhatfi
Reply:
May 28th, 2018 at 10:25 am
Boleh takde masalah, saya dah emailkan info tersebut.
Reply
Boleh email penginapan di Tokyo
Reply
Zulhatfi
Reply:
July 31st, 2018 at 6:50 am
Salam Hafiz,
saya dah emailkan info berkaitan Osaka, saya tak recommend penginapan kami di Tokyo.
Reply
Assalamualaikum..
Blh dptkan info ttg rumah di osaka
Serta tpt2 menarik di osaka dan tokyo
Reply
Zulhatfi
Reply:
February 13th, 2019 at 3:01 pm
Waalaikumussalam, maaf lewat reply, nanti saya emailkan
Reply
bolh bgi info guesthouse ??
Reply
Zulhatfi
Reply:
February 13th, 2019 at 3:00 pm
Maaf lewat reply, saya emailkan nanti
Reply
bole bantu akk utk itenary osaka dan tokyo.termasuk penginapan sekali tqvm
Reply
Zulhatfi
Reply:
February 13th, 2019 at 2:58 pm
Maaf lewat reply, saya akan emailkan nanti
Reply
Salam, boleh emailkan nama guest house di osaka n tokyo.. t.ksh
Reply
Zulhatfi
Reply:
January 14th, 2020 at 8:55 am
Waalaikumussalam tuan, maaf sangat2 terlambat reply, boleh check website ni
http://khaosan-tokyo.com/en/
Reply
Salam. Planning Dec ni nk ke Tokyo n osaka. Cmne nk booking pnginapan tu. Tq
Reply
Zulhatfi
Reply:
January 14th, 2020 at 8:53 am
Waalaikumussalam, alamak maaf terlewat reply, boleh book online je. through website
Reply