Lepas keluar dari rumah yang sangat hebat di Osaka tu, kami mulakan perjalanan kami dalam keadaan cuaca sejuk2 nyaman. Tak sabar nak keluar dari rumah dan tengok keadaan pagi di kejiranan Jepun. Masa kami keluar kedai banyak yang baru nak buka. Kami menuju ke Osaka Station dan perjalanan nak kesana takdela jauh sangat, berbekalkan kad pasmo yang kami beli sehari sebelum tu, perjalanan nampaknya jadi lebih mudah. Sampai di Osaka Station kami bertiga janji nak jumpa ijurq, sebenarnya abang, lan dan asan memang rancang pergi ke Jepun bersama. Ijurq ni member ofis abang, ijurq secara tak sengaja beli tiket flight yang sama ke Jepun, ijurq ni dah selalu jugak pergi ke Jepun.
Ok, so sambung cerita tadi, kami janji jumpa ijurq dan dah jadi rutin untuk sesiapa yang bagpack ke Jepun untuk cari locker nak simpan beg2 semua. Abang tak sanggup nak angkut beg tu satu hari nak pusing Osaka.Kat Osaka Station ni ada kaunter informasi dengan petugas2 yang faham English, senang sebab diorang boleh cakap omputih. Mula2 tu abang pegi la tanya kat kaunter apa ntah, abang rasa tu kaunter pasal jenis2 train. “Do you know where can we find a locker?” abang tanya awek jepun ni. Mula2 tu dia nganga lepas tu kawan abang cakap lagi “Locker2” sambil tunjuk2 backpack dia. Awek jepun tadi senyum, hati abang pun sejuk sikit, “Haa.. Faham punn..” bisik hati abang. Awek Jepun tadi pun dia cari2 apa entah tapi tak jumpa2, lepas tu dia start cakap jepun, ada sorang lagi pakcik kat situ join dia cakap jepun. Lepas tu dia tanya pulak kat kitorang guna bahasa jepun, masa tu kitorang pulak yang nganga, abang tak nampak ada tanda2 pasal locker yang diorang nak sampaikan kat kitorang. Tapi abang suka semangat diorang ni semua, dia tau kita tak tau bahasa jepun tapi nak jugak cuba tolong, nak jugak cakap jepun kat kitorang.
Kat Jepun ni locker ada macam2 saiz, lain saiz lain harganya, untuk dapat lebih penjimatan, kongsilah locker dengan sahabat handai dan pilihlah locker yang muat2 untuk semua beg, kebiasaannya kami simpan beg ni satu hari, pagi simpan, petang atau malam baru ambik balik beg kami.
Tips untuk simpan beg dalam locker
- Biar padat asal jimat
- Masa cuti sekolah, locker selalunya penuh je, untuk mengelekkan masalah ni, bangun awal pagi dan kejar locker. haha
- Tengok pada jenis locker, ada yang guna tiket yang ada QR / Bar code, ada sesetengah locker guna kunci,simpan baik2 tiket/kunci tu.
- Bawa benda yang perlu untuk satu hari pengembaraan korang tanpa bagpack besar. Benda2 penting ni contohnya powerbank, portable wifi, passport, kamera atau benda2 lain yang penting.
- Sediakan beg yang kecik untuk bawa benda2 penting ni, abang guna beg tali yang nipis boleh lipat2 tu, kalau tak guna boleh lipat je, ringan dan tak memenuhi ruang bagpack.
- Simpanlah beg dengan penuh berhemah dan hensem macam abang.
Kami bergerak dari Osaka Station ke Kuromon Market, pasar ni banyak jual benda2 basah dan korang boleh cuba. Masa kat Kuromon Market ni abang dengan kawan abang terkejut tengok scallops, sotong, ikan semua besar.
Abang ke satu restoran ni, ada brother ni dia sibuk bakar scallops.Brother ni antara beberapa kerat orang kat Jepun yang abang jumpa yang tau cakap english, dia kata “This is scallops”, abang dengan kawan2 abang semua angguk sambil menyahut ” Oooooo”. Abang tengok brother ni bakar scallops ni ikhlas betul, dicampurnya air kosong dengan soy sauce dlm tu lepas tu dia bakar puas2. Yang akak sebelah tu abang tak tau siapa, tiba2 dia muncul masa abang nak snap gambar brother ni, abang rasa dia tengah panggil rakan2 dia tengok brother ni bakar scallops “Hey rakan2, tengok ni besaq kan scaloops ni, aku dah lama nak try scallops besaq macam ni, jomlah rakan2 teman aku makan scallops ni. weih.. weih ang semua nak pi mana?”. Abang tengok rakan2 akak ni semua jalan je terus tak layan dia, kesian akak ni kena pulau dengan rakan2 dia. Kejadian ni berlaku di Kuromon Market.
Lepas balik dari Kuromon Market tengok ikan2 dan ketam2, abang dan kawan2 balik ke Osaka Station. Kami cari tempat untuk solat dan alangkah bagusnya sebab kat Osaka Station disediakan Prayer Room yang sangat2 selesa. Kat Jepun ni Prayer Room atau bilik solat ni memang sangat bersih dan selesa tapi nak gunakan bilik solat ni perlukan kebenaran, contohnya kat Osaka Station ni kami kena tanya kat awek2 Jepun yang comel untuk tahu lokasi bilik solat tu, kalau baru pertama kali nak ke bilik tu salah seorang dari awek ni akan escort ke bilik tu sebab lokasi bilik solat tu mungkin mampu buat korang sesat. Kalau dah pernah solat kat situ sebelum ni korang kena jugak pergi ke kaunter sama untuk minta kebenaran nak solat di bilik tu, tak silap abang mereka bagi masa 20 minit untuk gunakan bilik tu. Apa akan jadi kalau korang main masuk je bilik solat tu tanpa minta kebenaran? Jawapannya ialah, polis bantuan kat situ akan tangkap korang bawak masuk balai… haha.. takdela, tapi polis bantuan akan tunggu depan bilik solat tu dan minta korang pergi ke kaunter untuk isi borang kebenaran untuk solat.
Waktu malam tiba, rasa macam sekejap je duduk seharian kat Osaka ni, ijurq terpaksa berpisah dengan kami sebab ijurq nak ke Tokyo menaiki shinkansen, kami pun akan ke Tokyo juga tapi kali ni kami cuba naik bas. Kami gunakan servis willer bus dan bas akan tiba di Umeda Sky Building Tower jam 10.30pm. Perjalanan menaiki bas ke Tokyo ni ambil masa lebih kurang 8 jam. Malam tu kami jimat kos sebab tak perlu bermalam kat rumah/ hostel, bermalam dalam bas je.
Tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya masa untuk naik bas hampir tiba, nak berjalan ke tempat nak naik bas ni pun punyalah seksa, angin sejuk sangat malam tu sampaikan abang terpaksa jalan berundur sebab taknak angin kena muka, kalau boleh nak mengensot. Tak sabar betul kawan2 abang nak naik bas, semua muka gembira jiwa senang sebelum naik bas, bila dah masuk, semua muka sedih sebab bas penuh sebab masa tu musim cuti dah nak mula, semua rakyat jelata Jepun nak balik kampung. Bas yang kami naik ni pulak takde tempat simpan beg, semua beg kena bawak naik dalam bas, memang sempit, nak keluar dari bas terpaksa langkah banyak beg yang bergelimpangan kat tepi2 tempat duduk.
Tempat duduk kami yang paling depan sekali tingkat atas, depan kami ni cermin bas tapi ditutup dengan langsir, takde sapa berani bukak sebab rasanya langsir tu sengaja ditutup taknak bagi penumpang lain terganggu dek kerana cahaya lampu dari luar. Ruang tempat duduk abang jadi sempit sebab beg kami semua besar2, korang bayangkanlah sendiri 8 jam dalam bas macam tu. Tapi Alhamdulillah perjalanan selamat.
Kami tiba di Ikebukuro sunshine bus terminal lebih kurang pukul 6.30 am, bila turun je dari bas perkara pertama yang kami buat, cari tempat solat, Allahuakbar.
Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 1
Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 2
Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 3
Memang terbaik pengalaman abang. Thanks sudi share pengalaman
Reply
Zulhatfi
Reply:
October 20th, 2016 at 2:11 pm
sama2.. terima kasih membaca 🙂
Reply
Penat gelak ???
Reply
Zulhatfi
Reply:
February 5th, 2017 at 3:08 pm
Terima kasih sudi baca 🙂
Reply
[…] Ikuti kisah Bercuti ke Jepun (Tokyo – Osaka) – Part 2 […]
nak tya,tambang bas dr osaka ke tokyo berapa?
Reply
Zulhatfi
Reply:
January 14th, 2020 at 8:53 am
Boleh check di website ni. https://willerexpress.com/en/
Reply