Abang kalau pergi beli barang dapur paling terasa hati bila dapat troli tayar menggigil ni. Tolak sikit je tapi tayar dia punya menggigil abang pulak naik seriau. Kalau setakat menggigil takpela jugak, ni jenis troli tak boleh jalan lurus ni, asal tolak je dia jalan menyenget. Haritu abang nampak ada kakak ni, abang tengok muka dia mengepit dah macam crab sambil tolak troli, badan dia pun menyenget lepas tu gaya dia tolak troli tu dah macam tolak bas padahal troli dia kosong. Abang buat2 macam tengah bersenam, lepas tu abang jeling2 tengok tayar troli dia, abang nampak dua tayar depan troli tu tak berpusing, tayar belakang belah kanan pun tak berpusing, tayar belakang belah kiri berpusing tapi menggigil, bisik hati abang “kesian akak ni, dia guna troli untuk ice skating agaknya”.